17 Ciri-Ciri Klasik Rumah Tradisional Jepun

Rumah tradisional Jepun mempunyai ciri seni bina dan dalaman yang unik yang dianggap sebagai bahagian penting sejarah dan budaya Jepun. Ciri-ciri klasik ini sering dimasukkan ke dalam rumah-rumah baru kerana ramai orang masih menganggap benda ini menarik.

Rumah keluarga secara sejarahnya dilihat sebagai sementara dan telah dibina semula kira-kira setiap 20 tahun. Mereka terutama dibuat daripada kayu dan bahan-bahan semula jadi lain seperti kertas, jerami padi dan tanah liat. Berikut adalah beberapa ciri-ciri klasik rumah tradisional Jepun :-

1. Shoji

Rumah-rumah Jepun tidak menggunakan kaca, menghasilkan kaedah penarikan cahaya semula jadi. Shoji adalah panel gelongsor yang diperbuat daripada kertas lut dalam bingkai kayu. Ia digunakan untuk kedua-dua dinding dalaman dan luaran. Ia membantu memberikan rumah Jepun ciri-ciri yang membenarkan cahaya bayang-bayang tembus masuk ke dalam.

 

2. Fusuma

Fusuma adalah panel gelongsor yang berfungsi sebagai pintu dan dinding. Ia memberikan rumah Jepun lebih praktikal dan banyak pilihan dan kebolehan kerana bilik boleh diubah suai secara dinamik.

 

3. Wagoya

Tukang kayu Jepun membangunkan teknik tanggam maju dan kadang-kadang bangunan besar dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Kompleks kayu yang terikat dengan tali boleh dilihat di bingkai rumah-rumah lama Jepun. Bingkai tradisional, yang dikenali sebagai wagoya, mempunyai reka bentuk post-and-lintel.

4. Engawa

Engawa adalah koridor luar yang mengelilingi rumah Jepun. Ia telah digunakan secara tradisional sebagai pemisah antara yang shoji halus dan bidai ribut luar.

Apabila bidai ribut tertutup, engawa menjadi seperti laluan rahsia yang mengelilingi rumah dan laluannya boleh menjadi sangat sempit. Dalam sesetengah kes, rumah-rumah besar mempunyai engawa yang luas yang menyerupai beranda di sekeliling apabila bidai ribut dibuka.

 

5. Ranma

Ranma merupakan panel yang terdapat di bahagian atas Shoji dan Fusuma yang direka khas untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam bilik. Kebiasannya ranma adalah ukiran kayu hiasan atau skrin Shoji.

 

6. Tokonama

Tokonama adalah kawasan dinding yang sedikit tinggi di dalam bilik yang khas untuk menerima tetamu. Ia adalah satu tempat untuk meletakkan seni seperti lukisan, Shodo atau Ikebana. Tokonoma berkaitan dengan beberapa peraturan adab dan akhlak.

Misalnya, ia dianggap sebagai sesuatu yang sangat buruk untuk berdiri atau duduk di tokonama. Seorang tetamu yang dihormati duduk berhampiran dengan tokonoma dengan membelakanginya. Ini merupakan sikap rendah hati yang mengelak daripada mempamerkan seni berharga anda di tokonoma kepada tetamu anda. Tokonoma yang disimpan kebanyakannya hanyalah sekeping seni atau gabungan lukisan dan ikebana.

 

7. Amado

Amado adalah bidai ribut yang digunakan untuk menutup pintu rumah atau apartmen sepenuhnya untuk privasi dan keselamatan. Ia amat penting sebagai perlindungan daripada taufan. Amado menggunakan barang yang praktikal sama ada papan kayu atau kepingan logam.

 

8. Genkan

Genkan adalah sebuah pintu masuk utama ke sebuah rumah Jepun yang mana lantainya yang lebih rendah daripada lantai rumahdan disitulah di mana mereka menanggalkan kasut. Kawasan ini dianggap kawasan yang sangat kotor. Orang Jepun akan menanggalkan kasut mereka menghadap ke arah pintu dan berhati-hati supaya tidak memijak lantai ketika memakai sarung kaki mereka. Biasanya terdapat almari kasut di sebelah genkan. Genkan yang luas adalah ciri-ciri rumah yang popular kerana di sinilah tetamu disambut. Memakai kasut ke sebuah rumah di Jepun dianggap sebagai sesuatu yang tidak beradab sama seperti perbuatan meludah ke lantai.

 

9. Tatami Floors

Tatami adalah tikar lantai tradisional yang diperbuat daripada jerami padi. Saiz biasanya berbeza mengikut rantau. Tatami sangat biasa di Jepun sehinggakan rumah-rumah dan pangsapuri sering diukur menggunakan saiz tatami sebagai satu unit. Ia mewakili gaya hidup tradisional yang melibatkan duduk dan tidur di atas lantai. Tikar tatami ini sangat lembut dan semula jadi di kaki anda dan mempunyai bau yang menyenangkan ketika masih baru. Mereka dikaitkan dengan pelbagai adab dan adat istiadat seperti duduk bersimpuh lutut di atas tatami.

 

10. Chabudai

Chabudai adalah sebuah meja dengan kaki pendek yang digunakan semasa duduk di atas lantai. Ia paling biasa digunakan di lantai tatami terutamanya dan juga di lantai lebih keras. Ia adalah perkara biasa untuk seisi keluarga makan di chabudai ketika duduk di zabuton.

 

11. Zabuton

Zabuton adalah bantal nipis yang digunakan sebagai alas untuk duduk di lantai tatami. Secara asasnya ia sama dengan kerusi. Di perlawanan sumo, orang ramai akan mencampakkan zabuton mereka ke dalam gelanggang apabila tidak berpuas hati.

 

12. Kotatsu

Kotatsu adalah meja rendah dengan pemanas elektrik yang diliputi oleh selimut futon yang tebal. Orang Jepun akan duduk dengan kaki mereka di bawah kotatsu ini untuk berehat, makan, belajar atau menonton televisyen selama beberapa jam. Dalam kebanyakkan keluarga, meja kotatsu ini adalah permintaannya tinggi pada musim sejuk. Di majoriti wilayah lain di Jepun, rumah yang tidak dipanaskan secara berpusat dan bergantung kepada pelbagai bentuk alat pemanasan ruang.

 

13. Kamidana

Kamidana adalah kuil Shinto kecil yang digunakan untuk mengingati orang yang tersayang di rumah orang Jepun. Ia adalah biasa untuk menyalakan kemenyan di kamdana setiap pagi. Ia akan dikelilingi oleh barang-barang bertuah dan persembahan makanan atau minuman.

 

14. Ofuro

Ofuro adalah perkataan Jepun untuk mandi atau bilik mandi. Jepun pada zaman dahulu, tidak ada bilik mandi di rumah dan orang ramai akan pergi madi di tempat mandi awam yang dikenali sebagai sento setiap petang.

Ketika era Meiji, bilik mandi mula menjadi ciri-ciri yang tidak asing lagi di rumah-rumah. Bilik mandi Jepun biasanya di dalam bilik yang berasingan dengan tandas. Selalunya akan ada bilik persalinan bersebelahan dengan bilik mandi. Ofuro tersebut akan ada tab mandi yang dalam tetapi saiznya pendek sahaja.

Ia adalah satu kebiasaan untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam tab mandi. Satu ruang mandi dengan pancuran air terletak di sebelah tab mandi disediakan untuk tujuan ini. Orang Jepun melihat ofuro sebagai aktiviti masa lapang dan cenderung untuk mandi lama. Tab mandi yang diperbuat daripada kayu adalah ciri kemewahan beberapa rumah dan ryokan. Tab mandi yang terawal pada dasarnya adalah kayu drum dan variasi gaya ini tetap terkenal.

 

15. Irori

Irori adalah sebuah lubang berbentuk segi empat di lantai, dibahagian tepinya dikelilingi oleh kayu atau tanah liat dan diisi
dengan abu halus. Lubang ini digunakan untuk memasak makanan dan memanaskan bilik.

Satu cangkuk boleh laras hiasan dipanggil jizaikagi yang tergantung dari siling di atas lubang tersebut boleh digunakan untuk menggantung periuk di atas api. Irori boleh juga didapati di beberapa rumah moden tetapi kini semakin jarang dijumpai. Kadang-kadang boleh jumpa di restoran lama di kawasan perkampungan Jepun dan ianya sangat popular ketika musim sejuk.

 

16. Sudare

Sudare adalah penutup tingkap tradisional yang dibuat dengan tali yang mendatar daripada kayu, buluh atau bahan-bahan semula jadi yang lain. Ia biasanya digunakan pada musim bunga dan musim panas. Mereka membiarkan angin sejuk masuk tetapi berkesan dalam menyekat sinar matahari. Sudare sering dibuat menggunakan teknik lama dan mungkin mempunyai cangkuk besi yang kelihatannya terlalu besar daripada standard hari ini. Walaupun kebanyakan mempunyai reka bentuk asas, ada yang dibuat dengan sutera, benang emas dan bahan mahal lainnya.

 

17. Byobu

Byobu merupakan skrin lipatan yang sering dihiasi dengan seni yang digunakan sebagai pembahagi bilik untuk privasi. Ia adalah salah satu eksport pertama yang berjaya di Jepun ke Eropah apabila negara ini dibuka kepada dunia pada tahun 1860-an. Byobu secara sejarahnya dianggap sebagai perabot yang penting kerana rumah Jepun tidak direka untuk privasi. Pada zaman moden, mereka tidak lagi menjadi kegunaan umum tetapi dikumpulkan sebagai seni.

Leave a Comment