3 Sebab Guest House Lebih Baik Berbanding Hotel

Terdapat perbagai jenis pilihan penginapan di Jepun (Jenis-jenis penginapan di Jepun). Setiap jenis penginapan mempunyai keunikan dan tarikkan yang tersendiri. Berdasarkan pengalaman kami menetap di Jepun, penginapan jenis Guest House adalah pilihan yang terbaik. Anda boleh merasai pengalaman hidup seperti masyarakat Jepun dan memahami sendiri pahit manis hidup di negara matahari terbit ini. Jika anda berminat untuk menempah penginapan jenis Guest House ini, proses tempahan juga adalah agak mudah dan senang. Kami akan memberi tips untuk menempah Guest House ini (Tips untuk booking Guest House di Airbnb.com). Berikut adalah tiga sebab mengapa Guest House adalah pilihan yang lebih baik berbanding Hotel:

1. Harga lebih murah berbanding hotel
Contohnya :
Anggaran kos penginapan di Hotel bagi 2 org dewasa untuk 1 malam adalah daripada RM300 sehingga RM350
Anggaran kos penginapan di Guest House 2 org dewasa untuk 1 malam adalah daripada RM200 sehingga RM250

2. Ruang kediaman yang lebih luas berbanding hotel
Jika di Hotel:
Ruang katil + meja solek + almari baju + tandas

Jika di Guest House:

Ruang katil + meja solek + almari baju + tandas + ruang tamu + dapur

guesthouse

3. Kos makan harian lebih murah di Guest House

Jika di Hotel – Anda perlu membeli/membungkus makanan di restoran di luar hotel. Untuk pengetahuan anda, kos makan di Jepun amat tinggi. Melalui pengalaman kami sendiri, kos sekali makan untuk seorang dewasa adalah dalam anggaran 500 yen(RM 15) untuk sarapan pagi dan 1000yen(RM30) untuk makan tengah hari. Jadi bayangkan jika anda perlu ingin makan 3 kali sehari(pagi, tengah hari & awal malam) kos makan akan mencecah 2500 yen(RM 75) sehari untuk seorang dewasa.

Jika di Guest House – Anda hanya perlu membawa bekalan makan yg mudah untuk dimasak seperti makanan dlm tin, perencah nasi goreng, Brahim’s dan sebagainya. Untuk sarapan pagi dan makan malam, anda boleh masak sendiri di Guest House. Oleh sebab itu, anda hanya perlu makan sehari sekali sahaja di restoran di luar iaitu pada waktu makan tengah hari. Jika anda ingin lebih berjimat, anda boleh membawa bekal makanan yg dimasak di Guest House pada awal pagi untuk di makan pada waktu makan tengah hari.

japanesekitchen