4 Rahsia Jimatkan Kos Semasa Bercuti Ke Jepun Yang Ramai Tak Tahu

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Tahukah anda, Jepun merupakan salah satu negara termahal di dunia?

“Ohh ya kah?”

“Ya, saya tahu. Jepun memang semua benda mahal.”

Mungkin ayat di atas ni yang sedang bermain di minda anda. Tetapi negara Jepun adalah sebuah destinasi pelancongan yang sangat menakjubkan dan cantik. Walaupun currency nya hampir 4 kali ganda dengan ringgit Malaysia, namun banyak tempat menarik yang anda boleh lawati seperti Gunung Fuji yang cantik dengan pemandangan semulajadi, bandar Tokyo yang sentiasa sibuk, Osaka yang popular dengan Universal Studios dan bandar Kyoto yang penuh dengan tradisi dan sejarah.

Orang kata kalau pergi Tokyo tak jejak Gunung Fuji memang rugi!

Gambar Gunung Fuji di Tokyo

Di Jepun memang semua mahal, dari tiket flight sampai lah sekecil souvenir.  Tapi anda tak perlu risau tentang makanan, penginapan atau pengangkutan kerana pengalaman melancong di Jepun adalah sangat berharga dan menarik! Memang takkan lupa sampai bila-bila.

Itu sebab MKJ sedia menjadi  penyelamat anda! Hehe…

Ikuti tip berjimat MKJ ketika melancong di Jepun nanti. Kali ini kita akan fokus pada 3 perkara iaitu dari aspek makanan, penginapan dan pengangkutan.

Teruskan membaca…

1. MAKANAN HALAL DI JEPUN

Tips Makanan Halal di Jepun

Anda tak perlu ikat perut semata-mata nak jimatkan kos perbelanjaan kerana masih ada makanan yang dijual dikedai boleh didapati dengan harga yang agak murah sekitar 1000-1500 yen sahaja.

Namun memasak adalah pilihan yang paling bijak untuk berjimat.

“Hmm..betul juga tu.Tapi ada hotel 3 star yang sediakan tempat memasak ke?”

Haa penginapan hotel 3 star memang lah tiada sediakan tempat memasak, tapi tidak semestinya anda perlu stay di hotel. Selain hotel anda juga ada pilihan lain iaitu dengan menyewa guest house (homestay). Homestay di Jepun menyediakan ruang dapur dan kelengkapan untuk memasak.

Bayangkan,

Jika makan di restoran halal, rata-rata harga makanan bagi 1 portion paling murah adalah sekitar 1000 yen (RM40) ke 1500 yen (RM60). Itu adalah kos anggaran untuk hidangan utama seperti ramen, udon, nasi.

Itu belum cerita kalau makan Yakiniku (grilled meat). Boleh cecah ratusan ringgit.

Nak lebih senang faham, cuba lihat contoh di bawah :

2kg ayam mentah (halal) = 1600 yen (RM64)
5kg beras Thailand = 1550 yen (RM62)  

Budget makan 4 orang / seminggu :
Ayam 2kg = 4 kali hidangan
Untuk seminggu, breakfast + dinner 7 kali = 14 hidangan (8 kg ayam)  

Jumlah kos ayam = 6400yen (RM256)
Beras 5kg = 14 kali hidangan (seminggu) = 1550yen (RM62)

TOTAL KOS  = 7950 yen (RM318) / seminggu untuk 4 orang dewasa
*kiraan mengikut rate 100 yen = RM4.00  


Bandingkan pula dengan harga jika makan di restoran
Breakfast + Dinner = 1500 Yen (RM 60) untuk seorang dewasa untuk satu hari

Jika selama seminggu untuk 4 orang dewasa
1500 Yen x 4 dewasa x 7 hari = 42,000 Yen / RM 1,680

Jadi anda boleh jimat hampir RM 1,362 jika breakfast & dinner anda makan di Guest House. Hanya Lunch sahaja yang anda makan di restoran.

Jika anda melancong ke Tokyo, barang basah seperti ayam dan daging serta rempah ratus boleh didapati di beberapa kedai runcit yang menjual barangan halal seperti :

  • Nasco Halal Food (Green Nasco)berdekatan stesen Shin-Okubo.
  • Nissin World Delicatessen3 minit jalan kaki dari stesen Azabu-Juban.
  • Nozawayadi dalam bangunan Ameyoko Center, Ueno (1F)
  • Al-Flah Supermarket4 minit jalan kaki dari stesen Ikebukuro (Exit C9)
  • Sunshine Halal Mart3 minit jalan kaki dari stesen Ikebukuro (East Exit 35) berhadapan bangunan Sunshine City.

Atau anda juga boleh beli secara online di website Nasco Halal Food & Al-Flah Halal Food Shop, pesanan akan dihantar sampai depan pintu.

Nota : Bahan-bahan masakan seperti perencah segera dan lain-lain lebih baik bawa daripada Malaysia.

2. PENGINAPAN DI JEPUN

Ini aspek yang paling penting.

Anda boleh pilih nak menetap di hotel, asrama, hotel kapsul. Akan tetapi, penginapan yang murah dan selesa, guest house adalah pilihan yang terbaik.

Jika menetap di 3 star hotel, range hotel sekitar 5000 yen ~ 6500 yen / malam seorang atau dlm ringgit RM 200 ~ RM 260 / malam seorang. Saiz bilik kecil dan tidak disediakan kelengkapan memasak.  Jika peak season seperti sakura dan public holiday harga hotel boleh melonjak naik.

Berlainan pula dengan guest house, saiz rumah hampir 2 kali ganda besar berbanding saiz bilik hotel. Range guest house juga boleh dapat sekitar 4000 yen / malam seorang atau dalam ringgit RM 120 / malam seorang.

Tetapi,

Ada faktor lain yang perlu diambil kira.

Lokasi. Lokasi penginapan yang tepat amatlah penting.

“Saya mahukan penginapan yang murah, dekat dengan train station”

Murah dan mudah.

Anda perlu ingat satu perkara, nak rumah yang dekat dengan train station harga tak murah. Nak rumah harga murah tapi tak boleh dapat yang dekat dengan train station.

Pilih salah satu. Baru boleh jimat.

Tak guna murah RM100 tetapi kena jalan kali lbih 1km dari stesen.

Tak guna murah RM50 tetapi kena keluarkan tambang extra ¥1000 sehari untuk sambung perjalanan menaiki teksi.

Jadi pilihlah penginapan dengan bijak dengan mengambil kira semua aspek.

3. TIKET PENERBANGAN KE JEPUN

Ada yang merancang perjalanan merangkumi Kansai hingga ke Kanto. Nak cover daripada Osaka hinggalah ke Tokyo.

Turun di Osaka (KIX) dan balik melalui Tokyo (Narita/Haneda).

Yes, anda dinasihatkan membeli tiket multi-city. Elakkan ambil tiket return di mana landing dan departure di Osaka atau Tokyo sahaja.

Kerana perjalanan dari Osaka ke Tokyo perlu menaiki shinkansen. Kos tiket sekitar RM500++ sehala. Jadi jika tiket flight anda landing dan depart di Osaka, maka perjalanan shinkansen akan menjadi dua hala dan kos juga akan berganda.

Sekarang MKJ nak share bagaimana nak jimatkan kos flight anda…

  • Awal vs Akhir

“Saya plan nak naik Air Asia atau MAS bergantung pada budget, bila agaknya waktu paling sesuai untuk book tiket ya?”

Jawapannya,
Air Asia = tempah awal (6-12 bulan)
Malaysia Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)

  • Kejar harga BUKAN kejar destinasi

“Alaa pening lah nak pergi Tokyo tapi tiket flight Osaka lagi murah. Hmm..”

Yang penting dapat jejak Jepun dah kira Alhamdulillah..

Kenapa perlu pilih Tokyo (RM339) daripada Osaka (RM299)? Hakikatnya setiap destinasi mempunyai keunikan yang tersendiri. Mengapa perlu bayar lebih? Trivago

  • Detik jam 12

Mesti ramai yang dah tahu kan pada masa-masa tertentu airlines akan buka harga promo. Sebab itu ramai yang sanggup bersengkang mata memandangkan promosi ni start pada jam 12 tengah malam.

  •  Hari & Masa Penerbangan

Pilih penerbangan pada hari Selasa, Rabu atau Khamis lebih murah berbanding penerbangan pada hari Isnin, Jumaat, Sabtu atau Ahad.

Bergantung kepada destinasi, penerbangan awal pagi dan lewat malam lebih murah berbanding pada masa-masa lain di dalam sehari.

  • “Bas Lompat”

Sama seperti konsep ‘bas lompat’ yang jauh lebih murah, tiket flight juga mempunyai konsep yang sama. Bergantung kepada anda untuk ‘membeli masa’ anda dengan mengambil direct flight atau transit flight.

4. TIPS PENGANGKUTAN AWAM DI JEPUN

Travel dari satu tempat ke satu tempat menaiki pengangkutan awam ni perlukan perancangan yang teliti.

Baru boleh jimat.

Jika tempoh percutian singkat, paling sesuai tumpu pada satu tempat sahaja.  Contohnya, jika anda melawati Tokyo, tumpukan perjalanan anda di sekitar Tokyo sahaja untuk mengelakkan cas pengangkutan awam yang terlalu mahal.

Bagi mereka yang pertama kali merancang untuk bercuti ke Tokyo, berikut adalah antara jenis pass yang boleh digunakan :

1. Tokyo Subway

Pass Harga Lokasi Pembelian
1-Day Dewasa : 800 yen Kanak-kanak : 400 yen Narita / Haneda Airport, Stesen Tokyo Metro, Big Camera, LAOX
2-Day Dewasa : 1,200 yen Kanak-kanak :600 yen Narita / Haneda Airport, Stesen Tokyo Metro, Big Camera, LAOX
3-Day Dewasa : 1,500 yen Kanak-kanak : 750 yen Narita / Haneda Airport, Stesen Tokyo Metro, Big Camera, LAOX

2. Tokyo Metro 24 Hours Pass

Pass Harga Lokasi Pembelian
1-Day Dewasa : 600 yen Kanak-kanak : 300 yen   stesen Tokyo Metro

3. Tokunai Pass

Pass Harga Lokasi Pembelian
1-Day Dewasa : 760 yen Kanak-kanak : 380 yen stesen JR EAST

Ini pula jenis Pass pengangkutan awam yang anda perlu tahu sebelum travel ke Osaka:

1. Kansai Thru Pass

Pass Harga Lokasi Pembelian
2-Day Dewasa : 4,300 yen Kanak-kanak : 2,150 yen   Kansai Airport, Tourist Information Namba & Osaka, Big Camera Namba
3-Day Dewasa : 5,300 yen Kanak-kanak: 2,650 yen Kansai Airport, Tourist Information Namba & Osaka, Big Camera Namba

Bagi mereka yang berhajat untuk menjelajah sekitar Kansai – Osaka – Kyoto – Nara – Kobe – Wakayama – Shiha – Himije.

Pass ini merangkumi penggunaan train dan subway serta sesetengah bas di kawasan yang di senaraikan KECUALI rangkaian train Japan Railway (JR).

Termasuk Airport transfer KIX ke Namba station dengan menggunan local Nankai Airport line (express tambah duit).

2. Osaka Amazing Pass

Pass Harga Lokasi Pembelian
2-Day Dewasa : 2,700 yen Kanak-kanak : 2,700 yen   Hankyu Railway, Hanshin Railway, Keihan Railway, Nankai Railway
3-Day Dewasa : 3,600 yen Kanak-kanak: 3,600 yen Hankyu Railway, Hanshin Railway, Keihan Railway, Nankai Railway

Bagi mereka yang berhajat untuk menjelajah sekitar bandar OSAKA sahaja. Pass ini merangkumi hanya Osaka Metro train dan subway sahaja.

3. JR West Kansai Area Pass

Pass Harga Lokasi Pembelian
1-Day Dewasa : 2,200 yen Kanak-kanak : 1,100 yen   Osaka area : Kansai International Airport, Shin-Osaka Station, JR Osaka StationJR-Namba, Shin-imamiya Station.   Kyoto area : Kyoto StationNijo Station, Saga-Arashiyama, Uji Station.   Kobe area : Kobe Station, Sannomiya Station, Shin-Kobe Station.
2-Day Dewasa : 4,300 yen Kanak-kanak: 2,150 yen   Osaka area : Kansai International Airport, Shin-Osaka Station, JR Osaka StationJR-Namba, Shin-imamiya Station.   Kyoto area : Kyoto StationNijo Station, Saga-Arashiyama, Uji Station.   Kobe area : Kobe Station, Sannomiya Station, Shin-Kobe Station.
3-Day Dewasa : 5,300 yen Kanak-kanak: 2,650 yen   Osaka area : Kansai International Airport, Shin-Osaka Station, JR Osaka StationJR-Namba, Shin-imamiya Station.   Kyoto area : Kyoto StationNijo Station, Saga-Arashiyama, Uji Station.   Kobe area : Kobe Station, Sannomiya Station, Shin-Kobe Station.
4-Day Dewasa : 6,300 yen Kanak-kanak: 3,150 yen Osaka area : Kansai International Airport, Shin-Osaka Station, JR Osaka StationJR-Namba, Shin-imamiya Station.   Kyoto area : Kyoto StationNijo Station, Saga-Arashiyama, Uji Station.   Kobe area : Kobe Station, Sannomiya Station, Shin-Kobe Station.

Pass ini dikeluarkan oleh West Japan Railway (JR West) dan sesuai bagi yang berhajat untuk menjelajah Kansai meliputi Osaka – Kobe – Iga – Nara – Kyoto – Himeji – Wakayama.

Pass ini juga meliputi hampir keseluruhan laluan rangkaian west JR Conventional lines termasuk Kansai-airport Express HARUKA (Non-reserved) kecuali Shinkansen.

4. JR West Kansai Wide Area Pass

Pass Harga Lokasi Pembelian
5-Day Dewasa : 9,000 yen Kanak-kanak : 4,500 yen   Beli secara online melalui travel agent terpilih (luar Jepun) atau di stesen utama di Jepun

Sama juga dengan Kansai Area Pass. Pass ini dari JR West bagi yang ingin menjelajah Kansai lebih jauh.

Meliputi keseluruhan laluan rangkaian West JR Conventional Lines termasuk Kansai – Airport Express HARUKA serta Train Express KUROSHIO, THUNDERBIRD, KOUNOTORI, SUPER HAKUTO (Kyoto⇔Kamigori) dan Bullet Train “SANYO SHINKANSEN” (Shin-Osaka⇔Okayama) termasuk NOZOMI dan MIZUHO. Kesemua di atas dengan menggunakan non-reserved.

Secara mudah untuk membuat keputusan pemilihan pass, kira berapa kali anda akan menggunakan train atau subway dalam sehari. Jika tidak lebih dari 4 kali maka tidak berbaloi menggunakan sebarang pass.

Cukup dengan pengunaan IC kad sahaja.

Berdasarkan pengalaman kami berjalan-jalan di Jepun, kami kerap menggunakan kad IC kad (pasmo) kerana ia merupakan pilihan yang paling jimat dan memudahkan. Dengan kad pasmo, anda tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket.

Apa tunggu lagi? Cepat survey tiket flight!