9 Muzium di Jepun yang Perlu Anda Lawati di Jepun

Tokyo National Museum

Tokyo National Museum di Ueno Park menyimpan salah satu koleksi khazanah negara yang terbaik dan terbesar dan barangan budaya yang penting di negara ini. Pameran yang menarik juga sering diadakan di sini.

 

2

Muzium Edo-Tokyo

Muzium Edo Tokyo ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana sebuah perkampungan nelayan kecil yang bernama Edo menjadi salah satu bandar terbesar di dunia. Model replika berskala dan bersaiz penuh, teater kecil kabuki dan pembuatan semula Nihonbashi Bridge yang bersejarah mengikut saiz sebenar, menunjukkan bagaimana kehidupan di ibu kota Jepun dari zaman feudal Edo sehingga hari ini.

 

Sains

 

3

Fukui Prefectural Dinosaur Museum

Muzium Dinosaur Fukui diiktiraf sebagai salah satu muzium dinosaur terbaik di dunia. Muzium yang terbaik ini adalah khusus untuk penyelidikan dinosaur dan pendidikan, dan memaparkan lebih daripada 40 rangka dinosaur dengan penjelasan terperinci dalam Bahasa Inggeris. Pelawat boleh mempelajari tentang bagaimana kehidupan muncul di bumi dan bagaimana dinosaur berubah menjadi burung. Terdapat juga hands-on zon di mana pengunjung digalakkan untuk mengambil dan memegang fosil yang sebenar.

 

4

National Science Museum

Terletak di Ueno Park, National Science Museum yang besar ini merangkumi kedua-dua iaitu sains dan sejarah alam dengan hands-on fizik dan pameran robotik. Muzium ini menempatkan koleksi yang mengangumkan dengan replika haiwan yang lengkap dan teater maya 360 darjah dipindahkan dari Aichi Expo.

 

Seni kontemporari

 

5

Hakone Open-Air Museum

Muzium pertama di Jepun ditubuhkan di kawasan terbuka di Jepun tahun 1969, menempatkan lebih daripada 100 ukiran oleh artis kontemporari seperti Rodin, Miro dan Picasso. Berdekatan dengan Tokyo dan Gunung Fuji, muzium ini mengimbangkan keindahan seni dan alam semula jadi dalam kawasan seluas 17 ekar yang dapat menyaksikan taman maze dan pemandangan gunung yang menakjubkan.

 

6

Mori Art Museum

Terletak di atas bangunan Menara Mori, Mori Art Museum mengetengahkan seni abad ke-21 yang kedua-duanya berkonsepkan kontemporari dan antarabangsa. Daripada menempatkan koleksi tetap, muzium ini mengadakan pameran bersifat sementara untuk mempamerkan seni terbaru. Dan jika seni itu sendiri tidak puas untuk dilihat, pengunjung dapat menggunakan dek pemerhatian ‘Tokyo City View 360-degree’.

 

Perang

 

7

Hiroshima Peace Memorial Museum

Pada 6 Ogos 1945, bom atom yang pertama kali digunakan sebagai senjata telah dijatuhkan di bandar Hiroshima, telah membunuh lebih daripada 70,000 orang Jepun. Sepuluh tahun kemudian, Hiroshima Peace Memorial Museum dibuka, dengan matlamat untuk mengingati peristiwa gelap itu dan berusaha untuk mencapai persetujuan penghapusan senjata nuklear. Muzium ini menarik seramai 1 juta pengunjung setahun dari seluruh dunia.

 

Keunikan

 

8

Muzium Pasir

Muzium Pasir mempamerkan ukiran pasir besar dibina oleh artis mahir dari seluruh dunia. Patung-patung ini, terdiri beberapa meter tinggi, berdasarkan sekitar tema utama yang berubah mengikut setiap pameran. Muzium ini terletak bersebelahan dengan Tottori Sand Dunes, yang memberikan satu pengalaman seakan-akan berada di padang pasir yang unik di Jepun.

 

9

Muzium Seni Omiya Bonsai

Peminat bonsai perlu melawat Muzium Seni Bonsai Omiya, muzium hebat yang membuka minda pelawat mengenai pelbagai aspek bonsai. Panduan audio bahasa Inggeris dan penerangan bertulis Bahasa Inggeris menerangkan bagaimana untuk menghargai bentuk seni ini. Muzium ini terletak di dalam Omiya Bonsai Village, tempat pelbagai tapak semaian bonsai ditanam.