Bandingkan Harga Tiket Penerbangan Anda

Sukar untuk mencari tiket penerbangan yang murah? Terlepas dengan harga promosi? Penat membuka website yang sama berulang kali? Jangan risau, kini ramai pengguna menggunakan ejen pencarian online dimana banyak pilihan yang boleh dipilih dengan harga terendah. Bukan satu atau dua sahaja website yang melakukan perkhidmatan online malahan banyak. Anda juga boleh membandingkan harga tiket mengikut bajet anda mengikut destinasi yang anda hendak pergi. Banyak kelebihan yang dapat jika anda membeli dengan cara ini kerana ini boleh menjimatkan masa anda. Tak perlu nak buka satu persatu setiap website syarikat penerbangan. Untuk pengetahuan anda, ejen pencarian online ini mengumpulkan semua penerbangan tak kira luar atau dalam negara mengikut destinasi anda seperti MAS, AIRASIA , THAI AIRWAYS, JAL dan lain-lain. Disini kami ingin membantu menyelesaikan masalah anda dengan menyenaraikan beberapa ejen pencarian online yang dapat dilihat.

1) GOOGLE FLIGHT

1Google flight ialah perkhidmatan tempahan penerbangan dalam talian yang memudahkan pembelian tiket penerbangan melalui pembekal pihak ketiga. Kelebihan google flight ini membolehkan carian terbuka berdasarkan kriteria selain daripada tujuan. Sebagai contoh, pengguna boleh mencari penerbangan dalam pelbagai masa dan bajet dan ditawarkan pelbagai pilihan destinasi. Pengguna boleh memilih destinasi, dan Google Flight akan mengira setiap harga untuk setiap hari dalam tempoh 12 bulan akan datang, digambarkan dalam graf atau jadual. Ini membolehkan pengguna dengan mudah mengesan tarikh murah bagi perjalanan ke destinasi.

2) CHEAP FLIGHTS

2Cheapflights merupakan carian penerbangan perjalanan yang membandingkan harga penerbangan dari ribuan syarikat penerbangan dan ejen pelancongan dalam talian. Cheapflight juga merupakan carian penerbangan dan perbandingan yang pertama seumpamanya dan ini dibuktikan dengan ciptaan laman web mereka yang unik. Ditubuhkan pada tahun 1996, Cheapflights menawarkan sambungan ke seluruh rangkaian ejen pencarian online lain termasuk Expedia, Orbitz, Priceline, American Airlines, British Airways dan juga JetBlue, dimana penerbangan ini tidak ditawarkan oleh beberapa laman carian online yang lain.
3) EXPEDIA

3Expedia adalah sebuah laman web pelancongan yang dimiliki oleh Expedia Inc. Laman web ini boleh digunakan untuk menempah tiket penerbangan, tempahan hotel, sewa kereta, pelayaran, pakej percutian dan pelbagai tarikan dan perkhidmatan melalui internet atau telefon ejen. Laman web ini menggunakan pelbagai sistem pengedaran global seperti Amadeus atau sistem tempahan Sabre untuk penerbangan dan hotel-hotel. Melalui Expedia Affiliate Network, Expedia juga menawarkan tempahan perjalanan untuk lebih 10,000 rakan kongsi lain seperti syarikat penerbangan, hotel, jenama pengguna dan laman web untuk tujuan promosi.
4) SKYSCANNER

4Skyscanner adalah carian penerbangan yang terkemuka di laman sesawang yang membolehkan orang ramai untuk mencari perbandingan penerbangan, hotel dan kereta sewa. Perkhidmatan ini adalah percuma dan amat bermanfaat untuk pengguna dimana ia akan menghubungkan secara terus dengan syarikat penerbangan, hotel, pembekal sewa kereta atau agensi pelancongan untuk tempahan. Di laman web ini menguasai pasaran carian online pada ketika ini kerana terdapat ratusan syarikat penerbangan dan ejen pelancongan yang tersenarai. Anda diberi pilihan untuk tempahan dengan laman web pilihan anda dan tapisan carian adalah cepat dan mudah diakses. Mereka juga mempunyai hubungan dengan syarikat penerbangan dan ejen pelancongan yang menunjukkan pilihan sama ada anda mahu berhubung dengan mereka secara atas talian atau secara lansung. Selain teknologi penerbangan enjin carian, Skyscanner juga menampilkan bahan berita yang menarik daripada industri pelancongan dan penerbangan serta tips perjalanan untuk pengguna.
5) KAYAK

5KAYAK adalah sebuah syarikat berteknologi global memberi tumpuan kepada membuat percutian dalam talian yang lebih baik. KAYAK mencari pelbagai laman pelancongan lain, dari agensi pelancongan dalam talian untuk laman web syarikat penerbangan, hotel dan kereta sewa, dan menunjukkan pengguna semua maklumat yang mereka perlukan untuk membuat keputusan yang terbaik. KAYAK menjadikan perancangan perjalanan dan pengurusan perjalanan lebih mudah. Mereka menawarkan pelbagai cara dan aplikasi mudah alih menarik seperti KAYAK Trips, Explore dan Ramalan. KAYAK beroperasi 40 + laman web antarabangsa dalam 20 bahasa. Setiap tahun KAYAK memproses lebih satu bilion pertanyaan untuk maklumat perjalanan, dan aplikasi mudah alih bebas. Anda boleh menempah penerbangan dan hotel bersama-sama dengan hanya menggunakan laman carian ini sahaja. Kebanyakan laman web perjalanan diskaun lain menawarkan pelbagai kombinasi untuk pakej percutian yang kebiasaannya membiarkan anda menempah penerbangan, sebuah hotel dan sewa kereta bersama-sama atau dalam beberapa kombinasi lain.

Sebenarnya banyak lagi ejen pencarian online boleh didapati, tapi hanya beberapa saja yang ejen terbaik kami dapat senaraikan. Tapi disini, bagi kami paling selamat atau kata lain paling bagus adalah dengan menggunakan ejen GOOGLE FLIGHTS. Ini kerana GOOGLE FLIGHTS memudahkan kita terus berurusan dengan syarikat penerbangan dimana harga pun boleh dapat lagi rendah berbanding dengan ejen yang lain. Anda juga boleh melihat pilihan yang berbeza untuk penerbangan termasuk pergi balik, sehala dari pelbagai bandar. Ia juga akan menunjukkan kepada anda harga yang paling rendah mengikut hari di dalam satu bulan. Anda boleh menentukan sama ada anda mahu tiket anda mengikut kelas iaitu kelas ekonomi, kelas perniagaan, atau kelas pertama, bergantung pada berapa bajet anda. Anda juga boleh menetapkan had harga jika anda mempunyai bajet tersendiri. GOOGLE FLIGHTS kini boleh membantu anda menjadi lebih yakin dengan menempah penerbangan anda pada masa yang tepat untuk mendapatkan harga yang terbaik.