Cara Membeli JR Pass di Jepun

JR Pass ataupun Japan Rail Pass adalah pass keretapi yang paling menyeluruh dan berfaedah untuk pelancong yang ingin melancong di Jepun. JR Pass ini adalah khas untuk pelancong/pelawat sahaja dan tidak dijual kepada rakyat Jepun. Perkhidmatan JR Pass ini ditawarkan oleh syarikat JR sahaja. Oleh sebab itu, dengan memiliki JR Pass ini, anda boleh menggunakan kesemua pengangkutan milik syarikat JR, seperti keretapi, bullet train (pengecualian untuk Bullet Train Nozomi dan Mizuho), bas dan feri (hanya di beberapa tempat sahaja). Namun begitu, ada tidak boleh menggunakan JR Pass ini untuk menaiki keretapi bukan milik syarikat JR seperti syarikat Tobu, Odakyu, Tokyu, Keisei, Seibu, Keikyu dan Keio.

jr-pass-8

Cara Membeli JR Pass

JR Pass ini TIDAK BOLEH dibeli semasa anda berada di Jepun dan HANYA boleh dibeli sebelum anda datang ke Jepun. Anda boleh membeli JR Pass daripada syarikat agen pelancongan di Malaysia (agen yang terpilih sahaja) ataupun secara online.

Berdasarkan pengalaman kami, cara yang paling mudah untuk membeli JR Pass adalah secara online kerana cepat dan mudah. Resit pembelian JR Pass yang dipanggil Excange Order akan dihantar terus ke rumah anda.

Proses untuk membeli JR Pass

1. Beli secara online

Layari laman web yang menjual JR Pass secara online dan ikut arahan yang diberikan oleh laman web tersebut. Berikut adalah antara website yang menjual JR Pass secara online :http://www.jrpass.com/buy_the_japan_rail_pass_online
http://www.japan-rail-pass.com

2. Terima Exhange Order

Selepas selesai membuat pembayaran, anda hanya akan menerima sehelai resit pembelian yang di panggil Exchange Order. Exchange order akan di hantar kepada anda menggunakan FedEx Express Delivery dan sebagainya. Biasanya masa yang diambil untuk menerima Exchange Order ini adalah dalam lingkungan 3-5 hari.

Contoh exchange order

jr-pass-1

jr-pass-2

Setelah menerima Exchange order, pastikan nama anda dalam passport sama dengan nama di dalam Exchange Order anda. Exchange order ini tak boleh digunakan lagi kerana anda perlu menukarnya di Service Counter atau Ticket counter di stesen JR di Jepun untuk mendapatkan tiket JR Pass yang sebenar.

3. Tukar Exchange Tiket kepada Tiket JR Pass

Anda di nasihatkan untuk menukarnya di stesen keretapi JR yang terdapat di lapangan terbang sewaktu anda tiba di Jepun. Contohnya, di Narita Airport ( terminal 1 & 2 ), Haneda Airport ( International Terminal ) dan Kansai Airport. Di bawah ini adalah contoh JR pass yang sebenar.

jr-pass-3

jr-pass-4

Harga JR Pass

Harga JR pass adalah seperti berikut

 

Type:

Green ( 1st class )

Ordinary

Duration

Adult

Child

Adult

Child

7-day

38,880 YEN

19,440 YEN

29,110 YEN

14,550 YEN

14-day

62,950 YEN

31,470 YEN

46,390 YEN

23,190 YEN

21-day

81,870 YEN

40,930 YEN

59,350 YEN

29,670 YEN

 

Kebanyakan daripada pelancong akan membeli Ordinary 7 days JR Pass = JPY 29,100 ( RM 874.17 – currency 0.03 )

Beza JR Pass Green & JR Pass Ordinary

JR Pass Green menawarkan tempat duduk yang lebih besar, ruang kaki lebih luas, perkhidmatan yang lebih baik dan gerabak yang kurang sesak berbanding dengan gerabak ordinary. JR Pass Green boleh digunakan di shinkansen / bullet train, keretapilimited express dan sebilangan kecil keretapi tempatan.

jr-pass-6

Gerabak JR Pass Green

jr-pass-7

Gerabak JR Pass Ordinary

Adakah anda perlu membeli JR Pass ini?

1. PERLU

Sekiranya andamerancang untuk menjelajah seluruh Jepun dengan jarak yang jauh menaiki keretapi. Ataupun jika anda ingin melakukan Two-way Trip daripada Tokyo-Osaka dan sebaliknya menaiki bullet train.

2. TIDAK PERLU

Sekiranya percutian anda tidak melibatkan perjalanan yang jauh dan tidak perlu menaiki bullet train. Ataupun jika anda hanya perlu melakukan One-way Trip daripada Tokyo-Osaka dan sebaliknya menaiki bullet train. Adalah lebih jimat jika anda membeli tiket bullet train secara asing untuk One-way Trip Tokyo-Osaka berbanding membeli JR Pass.