Waktu Sesuai Bercuti Di Jepun

musim-luruh-2

Anda boleh berhibur dan mendapat pengalaman yang menyeronokkan semasa berkunjung ke Jepun bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. Jepun merupakan sebuah negara yang luas memanjang dari utara ke selatan. Oleh sebab itu, Jepun mempunyai pola cuaca yang sangat berbeza merentasi daerah. Berikut merupakan panduan untuk datang ke Jepun mengikut setiap bulan.

 

Gambarajah dibawah menyenaraikan purata suhu tinggi waktu siang, purata suhu rendah waktu malam, purata peratus hari cerah dan hari hujan untuk bandar-bandar terpilih. Hari-hari hujan didefinisikan sebagai hari di mana sekurang-kurangnya 1 mm hujan turun, sementara hari yang cerah pula didefinisikan sebagai hari di mana matahari bersinar sekurang-kurangnya 40 peratus pada siang hari.

Tips Berjimat Melancong di Jepun

Makanan   

Memasak adalah pilihan yang bijak untuk berjimat. Dengan memilih untuk menginap di homestay(guest house) yang menyediakan kelengkapan untuk memasak, anda mampu untuk berjimat. Sebagai contoh, jika anda makan di restoran budget di Jepun, kos yang paling murah bagi hidangan lengkap dewasa untuk seseorang adalah antara 600yen(RM19) ke 1000yen(RM32). Jepun merupakan negara yang paling tinggi kos sara hidup, oleh itu tidak hairan lah jika kos sara hidup amat tinggi berbanding di Malaysia.

Justeru itu, memasak sendiri di rumah adalah pilihan yang paling bijak untuk berjimat. Sebagai contoh, kos ayam mentah tanpa tulang yang halal berat 2kg adalah 800yen(RM25) dan beras Thailand 5kg berharga 1500yen(RM46).

 

ayam-halal-jepun     beras-halal-jepun

Budget makan untuk seminggu 4 orang

Ayam mentah 2kg = 4 kali hidangan

Untuk seminggu, sarapan dan makan malam 7 kali = 14 hidangan(8 kg ayam) = 2400yen(RM100)

Beras 5kg = 14 kali hidangan(seminggu) = 1500yen(RM46)

Total kos =  2400yen(RM100) + 1500yen(RM46) = 3900yen(RM146)/ seminggu

          Kami sarankan agar anda membawa bahan-bahan masakan seperti perencah segera dan lain-lain daripada Malaysia.

Panduan Menaiki Keretapi Di Jepun

tips-tiket-train-jepun

Berikut adalah panduan menaiki keretapi di Jepun.

 

1. Kategori Keretapi  

 

  • Local (kakueki-teisha atau futsu-densha) – Local trains akan berhenti di setiap stesen.
 
  • Rapid (kaisoku) – Rapid trains hanya akan berhenti di beberapa stesen tertentu. 
 
  • Express (kyuko) – Express trains hanya akan berhenti di beberapa stesen tertentu sahaja. Jumlah stesen yang keretapi ini akan berhenti lebih sedikit berbanding Rapid trains. Oleh sebab itu, Rapid Trains mampu sampai dengan lebih cepat.
 
  • Limited Express (tokkyu) – Limited express trains hanya akan berhenti di stesen utama sahaja. 
 
  • Super Express (shinkansen/bullet train) – Bullet Train hanya dikendalikan oleh syarikat JR. Bullet Train beroperasi di landasan yang berasingan daripada kategori keratapi yang lain.

 

Tempat Yang Wajib Dilawati Di Tokyo

1. Shinjuku Gyoen National Garden

 

tempat-menarik-di-jepun  tempat-menarik-di-jepun

 

Shinjuku Gyoen National Park adalah antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Di dalam taman ini juga terdapat beberapa taman utama iaitu French Garden dan English Garden. Taman ini akan adalah kawasan tarikkan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura. Selain itu, pada musim luruh pula bunga di taman ini akan berubah warna menjadi kuning keemasan dan pemandangan pada waktu ini adalah amat cantik.

Jenis-jenis Penginapan Murah di Jepun

8 Jenis Penginapan Murah di Jepun

Banyak pelancong yang datang ke Jepun beranggapan bahawa pilihan penginapan murah mereka hanya terbahagi kepada dua iaitu hotel dan ryokan. Ini adalah tidak tepat kerana di Jepun terdapat pelbagai pilihan penginapan murah yang unik yang juga mampu menawarkan harga yang murah. 

1. Pension (ペンション)

Pension adalah tempat penginapan yang menyediakan katil, sarapan pagi dan makan tengah hari. Disini anda akan diberikan bilik khas untuk anda, tetapi anda perlu berkongsi tandas dan ruang tamu dengan tetamu yang lain. Kebanyakkan bilik di Pension adalah jenis rekaan barat (western style).

penginapan-murah-jepun
Pension ini biasanya merupakan perniagaan kecil yang dikendalikan oleh keluarga di Jepun. Anda akan berpeluang untuk berinteraksi dengan tuan rumah dan tetamu lain. Setiap Pension adalah unik dan memiliki tema yang tersendiri.

Status Restoran Francais Di Jepun

Kentucky Fried Chicken, KFC : Boleh dimakan, tetapi makanan yang tidak mengandungi daging sahaja

Minyak sayuran yang digunakan untuk memasak ikan, kentang dan apple pie diasingkan daripada memasak daging. Shortening yang terkandung dalam hamburger adalah hanya diperbuat daripada minyak sayuran.

kfc-halal-jepun

 

 

Isi kandungan makanan yang Haram di Jepun

Jepun merupakan sebuah negara yang majoriti rakyatnya bukan Islam, jadi untuk mencari makanan yang halal di sini bukanlah suatu perkara yang mudah. Namun begitu, sebagai seorang yang bergelar Muslim, walau di mana saja kita berada mencari makanan yang Halal itu hukumnya adalah wajib.
Bersesuaian dengan sabda Rasulullah S.A.W:
“Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Hadis riwayat Dailami)

Di dalam Al-Quran juga ada menyebut perihal makanan yang haram. Berdasarkan firman Allah S.W.T: