Panduan Solat Di Luar Negara

Bagi yang beragama islam, solat merupakan tiang agama dan ianya wajib dilakukan didalam apa jua keadaan. Bagi yang masih baru pertama kali melancong ke luar negara, pasti anda tertanya-tanya bagaimana ingin menunaikan rukun islam yang pertama ini ketika berada di luar negara yang mempunyai waktu dan cuaca yang sama sekali tidak sama dengan tempat tinggal asal. Di sini terdapat beberapa tips yang dapat dikongsikan kepada anda untuk dijadikan panduan:

1. Bagaimana mahu solat?
Perkara pertama yang datang di fikiran anda pastilah di mana tempat untuk menunaikan solat. Anda tidak pelu risau kerana kebanyakan negara-negara di Asia ,Eropah mahupun negara bukan islam seperti Amerika banyak masjid-masjid telah pun dibina. Namun begitu, kebanyakan masjid yang dibina berada di bandar-bandar utama. Jadi jika destinasi anda di Bandar, tempat solat tidaklah menjadi masalah.
Permasalahan timbul, sekiranya anda melancong keluar dari bandar-bandar maka ianya menimbulkan sedikit halangan untuk mencari tempat solat. Dalam hal ini, kebiasaannya orang muslim di luar negara bersolat di mana-mana ruang sahaja yang dibolehkan untuk solat.
Contohnya ialah di ruangan parking kereta, di padang rumput, di kawasan orang tidak lalu lalang, jika di pasaraya biasanya lokasi strategik ialah di kawasan tangga kerana orang jarang menggunakannya. Mungkin juga sekiranya berseorangan, tempat terbaik ialah bilik persalinan kerana lebih privasi. Akhir sekali, solatlah seperti mana kebiasaan anda solat walaupun di luar negara.

1

Taman Tema Menarik di Jepun

taman-tema-17 (Large)

Jepun amat terkenal dengan taman tema atau theme park yang tersendiri. Tidak lengkap percutian anda ke Jepun sekiranya anda tidak melawati salah satu daripada taman tema yang berada di Jepun. Di bawah ini adalah beberapa senarai taman tema yang menarik untuk anda lawati sekiranya anda melancong ke Jepun :

Keindahan Musim Luruh Di Jepun

musim-luruh-10

Musim luruh di Jepun biasanya bermula pada awal bulan Oktober sehingga hujung bulan November. Biasanya musim luruh ini bermula di Hokkaido utara, secara beransur-ansur merebak ke hujung selatan kepulauan Jepun dalam masa 50 hari. Perubahan musim ini berlaku apabila suhu rendah pada waktu pagi adalah lebih kurang 6 darjah atau 7 darjah Celsius. Anda boleh menikmati pemandangan musim luruh ini selama 20 hingga 25 hari. Waktu terbaik untuk menikmati keindahan musim luruh ini di bandar-bandar utama seperti di Osaka dan Tokyo adalah pada pertengahan bulan November.

Tukar Duit Ringgit Murah Untuk Ke Luar Negara

Oleh kerana soalan ini seringkali diajukan kepada kami dan boleh dikatakan menjadi dilema kepada para pelancong yang ingin melancong ke luar Negara, kami ingin berkongsi sedikit tips untuk memudahkan anda.

Tukar-duit-2

Soalan 1 : Mana lebih menguntungkan, tukar wang RM (MYR) semasa berada di Malaysia atau selepas berada di luar Negara (Jepun)?

Jawapan : Anda dinasihatkan supaya menukar semua wang yang anda ingin gunakan di luar Negara (Jepun) nanti di Malaysia sebelum melancong ke Jepun. Ini kerana kadar tukaran wang yang dikenakan oleh syarikat money changer di Jepun lebih tinggi berbanding syarikat-syarikat money changer di Malaysia. Jika anda merasakan kadar tukarkan wang di sesetengah syarikat money changer di Malaysia itu tinggi, tapi hakikatnya ia jauh lebih murah dari anda menukar wang di syarikat money changer di Jepun.

Tempat Wajib Dilawati Di Osaka, Kyoto & Kobe

1. Universal Studio Japan (USJ)
tempat-menarik-osaka-1
Sesuai untuk kanak-kanak daripada semua peringkat umur dengan jaminan keseronokan filem, hiburan secara  live, restoran-restoran dan kedai-kedai. Anda juga dapat merasai suasana Hollywood dan dapat melawati tarikan seperti Jurassic Park, Spider Man dan pengembaraan Shrek 4D di mana teknologi tersebut dibawa ke dunia nyata. Set filem ini membolehkan anda merasai sekilas lalu aktiviti harian Hollywood di belakang tabir.

2. Osaka Aquarium Kaiyukan

tempat-menarik-osaka-2
Mempunyai tangki akuarium terbesar di dunia dan memaparkan pemandangan hidupan akuatik. Ini termasuk antara 15 habitat semula jadi dan 35,000 spesimen daripada hutan Jepun, ikan jerung, ikan paus, penguin Artik dan labah-labah raksasa ketam. Dinding tangki dipasang dengan lapisan kaca, bertujuan untuk tetamu merasai seolah-olah mereka sedang bermain bersama-sama dengan makhluk laut.

Melancong Ke Jepun Tanpa Visa

Visa 1

     Bermula daripada 1 Julai 2013, rakyat Malaysia tidak perlu lagi bersusah payah untuk memohon atau mendapatkan visa jika mahu berkunjung ke negara Jepun. Tetapi, ada beberapa syarat yang harus anda patuhi untuk membolehkan anda melancong ke Jepun tanpa Visa. Oleh sebab ramai daripada anda yang masih lagi keliru mengenai perkara ini, kami daripada MelancongKeJepun.com akan cuba untuk memberi penjelasan yang lengkap.

     Sebelum ini rakyat Malaysia atau rakyat daripada mana-mana negara lain perlu mempunyai visa untuk masuk ke negara Jepun. Namun begitu, sekarang pelancong tidak lagi perlu memohon visa di Kedutaan Jepun sebaliknya visa akan diberikan di pintu masuk Jepun dan visa ini dipanggil “Visa On Arrival” atau VOA. Visa On Arrival  hanya diberikan kepada rakyat Malaysia yang memegang passport baru iaitu passport biometrik yang dilengkapi mikrocip dan menepati piawaian ICAO Standards.