Gyotoku Muslim Guest House

Selamat datang ke page Guest House kami. Alhamdulillah, kini kami sudah membuka cawangan Guest House Muslim kami yang pertama di Tokyo. InsyaAllah pada masa akan datang kami akan meluaskan cawangan Guest House kami di beberapa tempat sekitar Tokyo dan juga di Osaka.

 

Rumah ini adalah jenis Private Guest House bermaksud anda tidak akan berkongsi rumah ini dengan tetamu lain. Hanya satu kumpulan sahaja yang dibenarkan untuk bermalam pada satu masa. Maklumat rumah ini adalah seperti berikut:

– Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur (sesuai untuk 6-9 orang dewasa)

– Rumah ini mempunyai 2 bilik air (1 tandas & 1 bilik mandi)

– Rumah ini mempunyai 1 ruangan dapur untuk memasak (dijamin Halal)

– Rumah ini mempunyai 1 ruangan balkoni (untuk menyangkut baju & menghisap rokok)

 

Klik disini untuk Galeri gambar Gyotoku Muslim Guest House

 

Guest House ini akan disewakan secara keseluruhan rumah kepada kumpulan anda untuk digunakan, bermaksud anda bebas menggunakan semua kemudahan yang terdapat di rumah ini. Kami hanya menyewakan rumah ini secara “per house”, tidak disewakan secara “per room”. Oleh sebab itu, jika ahli kumpulan anda sedikit (contohnya hanya 2 orang dewasa) kemungkinan Guest House ini tidak sesuai untuk anda kerana harganya akan menjadi agak mahal.

 

Harga Guest House Muslim Gyotoku kami adalah dikira secara per person & per night. Berikut adalah harga Guest House :

***12 tahun & ke atas adalah dikira sebagai dewasa

***Kanak-kanak yang tidak memerlukan Extra Futon (tilam tidur) adalah percuma

Bilangan Ahli Dewasa Harga Seorang Untuk 1 Malam (Yen)
2 ¥8500 /seorang
3 ¥5700 /seorang
4 ¥4300 /seorang
5 ¥3500 /seorang
6 ¥3000 /seorang
7 ¥2900 /seorang
8 ¥2800 /seorang
9 ¥2700 /seorang

 

Cleaning fee per entry/check-in = ¥4000 (per entry)

 

Cas tambahan (optional):

Extra 1 Futon (tilam tidur) untuk kanak-kanak = ¥2000 /satu malam

Cara Kiraan Harga Keseluruhan:

Jumlah Keseluruhan Perlu Dibayar =

(Jumlah Ahli Dewasa x Harga 1 Malam x Jumlah Bermalam)

+ (Jumlah Extra Futon x ¥2000 x Jumlah Bermalam)

+ ¥4000 Cleaning Fee

Contohnya Kiraan:

Jika jumlah malam & jumlah keseluruhan ahli trip anda adalah :

– 4 Malam (5 Hari 4 Malam)

– 5 Dewasa

– 2 Kanak-kanak (jika akan berkongsi 1 futon)

 

Contoh Cara Kiraan = (6 orang x ¥3000 x 4 malam) + (1 Extra Futon x ¥2000 x 4 malam) + ¥4000

Jumlah Keseluruhan Yang Perlu Dibayar = ¥84000

Kelengkapan Yang Disediakan

Futon (tilam tidur):

Set Futon disediakan mengikut bilangan ahli dewasa (sehingga 9 Futon)

Jumlah Ahli:

Selesa untuk 6 orang dewasa
Maksimum 9 orang dewasa (bergantung pada budi bicara kami)

Bonus:

Free Portable WiFi (portable & boleh dibawa keluar rumah)

Kelengkapan Rumah:

Portable Wi-Fi, washlet tandas automatic, meja makan, peti ais, mesin basuh, ampaian baju, jam dinding, microwave oven, seterika pakaian, hair dryer, pemanas elektrik, penyaman udara, pemanas air, rice cooker, tong sampah, penyapu, dapur elektrik, periuk, kuali, senduk, pisau, pinggan, cawan, mangkuk, sudu, garpu, pengupas kulit buah, chopstick, jag, gunting, chopping board, penyangkut baju, tisu, sabun badan, shampu, conditioner, sabun basuh baju, sabun basuh pinggan, USB phone charger.

Kedudukkan Guest House Ini:

Terletak amat berhampiran Gyotoku Station

Anggaran jarak 50 meter sahaja/ 1 minit jalan kaki
Jarak berdekatan Disneyland & Disneysea – 28 minit menaiki train

Guest House ini terletak di lokasi yang amat Muslim Friendly. Terdapat masjid, kedai runcit Halal & restoran Halal berdekatan Guest House ini.

procedure-tempahan-guest-house-01-large

BORANG PERTANYAAN KEKOSONGAN GUEST HOUSE

SILA ISI BORANG DIBAWAH UNTUK MEMUDAHKAN KAMI MEMBANTU ANDA.

SILA NYATAKAN PERMINTAAN TAMBAHAN SEPERTI PECAHAN SUSUNAN DI DALAM BILIK TIDUR/JUMLAH BILIK, SEKIRANYA ADA.

NOTA: PERKHIDMATAN PENGINAPAN GUEST HOUSE KAMI ADALAH BERASINGAN DENGAN KHIDMAT TOUR GUIDE. SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENGAMBIL PERKHIDMATAN TOUR GUIDE KAMI, SILA HANTAR PERMINTAAN BERASINGAN DENGAN MENGISI BORANG MAKLUMAT PELANGGAN DI RUANGAN "PAKEJ LENGKAP".