Hubungi Kami

assalamualaikum1

Laman web ini didedikasikan untuk membantu rakyat malaysia melancong ke Jepun. Perkhidmatan Tour Guide yang kami tawarkan telah bermula sejak tahun 2013 lagi, namun baru mula beroperasi secara serius sejak Julai 2014 dengan nama MelancongKeJepun.com. Sejak dari awal penubuhan sehingga kini (Januari 2016), kami telah menguruskan lebih 150 kumpulan pelancong Malaysia dan angka ini semakin meningkat hari demi hari (Galeri Pelanggan Kami). Perkhidmatan yang kami sediakan adalah seikhlas hati dan amat murah. Antara tujuan kami menawarkan perkhidmatan ini adalah untuk menyediakan pendapatan sampingan kepada para pelajar disamping dapat membantu rakyat Malaysia mempelajari budaya dan etika hidup masyarakat Jepun yang sememangnya mengagumkan. Berbekalkan pengalaman menetap di Jepun, kami sedia membantu anda!
 

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sales Team kami 

Sales Team MKJ : +6019-3668086 (Whatsapp sahaja, currently in Tokyo) 

Facebook : Melancong Ke Jepun 

Email : [email protected]

 

Alamat Ibu Pejabat MelancongKeJepun.com
540-5-203 Higashi Asakawacho,

193-0834 Hachioji-shi, 

Tokyo, Japan.

Maklumat Syarikat

MelancongKeJepun.com adalah syarikat yang berdaftar secara sah di Malaysia dibawah nama MKJ Services dengan nombor pendaftaran : 002410743-D (sila rujuk sijil pendaftaran disini

Misi Kami

  • Membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk melancong ke Jepun terutamanya rakyat Malaysia.
  • Menggalakkan rakyat Malaysia mempelajari budaya dan etika hidup masyarakat Jepun.
  • Menjadi duta kecil Malaysia di Jepun.
  • Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
  • Menyediakan pendapatan sampingan kepada pelajar Malaysia yang berada di Jepun.

    Meet Our Management Team

Finish

 

Our Tour Guide Team
Kami mempunyai lebih 20 orang wakil Tour Guide di kawasan seperti Tokyo, Osaka, Kobe dan Kyoto. Kesemua wakil Tour Guide kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun, fasih berbahasa Jepun, Melayu dan Inggeris. Kami sedia berkhidmat untuk menjadikan percutian idaman anda satu realiti!
MKJ Tour Guide

MKJ Tour Guide 2