Jenis-jenis Penginapan Murah di Jepun

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

1Ramai pelancong yang datang ke Jepun beranggapan bahawa pilihan penginapan murah mereka hanya terbahagi kepada dua iaitu hotel dan ryokan. Ini adalah tidak tepat kerana di Jepun terdapat pelbagai pilihan penginapan murah yang unik yang juga mampu menawarkan harga yang murah. Berikut adalah beberapa jenis penginapan bajet yang boleh didapati di jepun :

Asrama, Hotel Backpackers atau Dorm (1500-3000yen/ seorang)

Kebiasaanya ada di bandar-bandar besar. Biasanya tetamu tinggal secara berkongsi bilik tetapi diasingkan mengikut jantina. Kemudahan lain seperti tandas, dapur dan ruang tamu juga adalah kongsi.

[Tempah Hostel Di sini]2Ryokan, Minshuku @ Rumah Tumpangan Lama (3000-10000yen / seorang)

Tempat tinggal jenis ini adalah sesuai untuk mereka yang ingin cuba tinggal di rumah tradisional Jepun. Kebanyakan penginapan jenis ini menyediakan katil, sarapan pagi dan makan tengah hari.
3Pension (3000-10000yen / seorang)

Pension adalah tempat penginapan yang menyediakan katil, sarapan pagi dan makan tengah hari. Disini anda akan diberikan bilik khas untuk anda, tetapi anda perlu berkongsi tandas dan ruang tamu dengan tetamu yang lain. Kebanyakkan bilik di Pension adalah jenis rekaan barat (western style).5Bermalam di Kuil (Shukubo ~ 宿坊) (Free-20000Yen / Seorang)

Sebelum rumah penginapan wujud di Jepun pada zaman Edo-era, kebanyakkan pelancong pada ketika itu akan mengetuk pintu kuil apabila mereka memerlukan tempat untuk bermalam. Tradisi ini masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini. Bermalam di kuil adalah sesuai jika anda terbuka untuk mengalami kepelbagaian budaya. Bagaimanapun bermalam di kuil tidak sesuai untuk semua orang. Dinding kuil adalah nipis dan tidak sesuai bagi seisi keluarga terutama sekali bagi yang beragama Islam. Makanan yang terdapat di kuil ini biasanya adalah makanan tradisional budha Jepun iaitu makanan sayuran (Shojin Ryori).6Business Hotel (5000-7000yen / seorang)

Kebiasaanya sangat kecil dan berkonsepkan hotel moden dengan sebuah katil, meja, TV dan tandas. Lebih sesuai sekiranya anda melancong berdua. Antara Business Hotel yang popular di Jepun adalah Route Inn, APA Hotel, Toyoko Inn dan Super Hotel7Hotel Kapsul (2000-5000yen / seorang)

Menyediakan ruangan kecil untuk tetamu yang terdiri daripada tilam bertingkat, TV, internet, lampu dan system pemanas didalamnya. Tandas kongsi disediakan dan kebiasaan barang peribadi disimpan didalam loker berkunci. Di Hotel Capsul lelaki dan perempuan diasingkan mengikut aras yang berbeza. Sebenarnya bermalam di Hotel Capsul juga selesa. Sesuai bagi yang inginkan pengalaman dan cabaran.8Ruang Mandi 24 Jam (2000-3000yen / seorang)

Ruang mandi awam yang dibuka 24 jam kebanyakannya boleh didapati di bandar-bandar besar sekitar Jepun. Beberapa kemudahan turut disediakan seperti ruang tamu, kerusi yang selesa dan ruang privasi untuk tetamu tidur pada waktu malam. Antara ruang mandi awam yang popular adalah Oedo Onsen dan LaQua di Tokyo serta Spa World di Osaka9Karaoke atau Manga Cafe (1500-3000yen / seorang) 

Terdapat juga sesetengah pelancong yang memilih untuk bermalam di pusat karaoke dan Cafe Manga. Kebanyakkan masyarakat Jepun akan menginap di sini apabila mereka terlepas train terakhir untuk ke rumah.10