Keindahan Musim Luruh di Jepun


Terdapat 3 jenis warna pokok dan tumbuhan yang bertukar warna pada musim luruh :

1. Pokok dan tumbuhan yang bertukar menjadi warna merah
musim-luruh-1

Contoh : Pokok Maples (fullmoon, Japanese, trident), Japanese sumac, wax

               tree, Japanese rowan, burning bush, rhododendron.

2. Pokok dan tumbuhan yang bertukar menjadi warna kuning
musim-luruh-2

Contoh : Pokok Maples (painted, linden-leaved), ginkgo, poplar, plane tree,  

               Japanese elm.

3. Pokok dan tumbuhan yang bertukar menjadi warna coklat
musim-luruh-3

Contoh : Japanese beech, oaks (Quercus crispula, daimyo, sawtooth,

               chestnut, bigleaf magnolia


Berikut adalah tempat menarik untuk anda menikmati keindahan daun-daun berguguran ini :

 musim-luruh-4

Meiji Jingu Gaien Stadium


Pertengahan November hingga awal Disember

5 minit berjalan kaki dari Stesen

Shinanomachi

Ini adalah salah satu tempat menarik untuk melihat daun musim luruh di Tokyo. Terdapat 146 pokok ginkgo dan anda boleh merasai pengalaman seperti berjalan melalui terowong emas. Anda boleh berehat dan menikmati pemandangan sekeliling sambil membeli-belah di kedai-kedai yang berhampiran.

 musim-luruh-5

Kawasan tasik Kawaguchiko di kaki gunung Mt. Fuji


Akhir Oktober hingga pertengahan November

20 minit dengan menaiki bas dari Stesen

Kawaguchiko ke Kubota Ichiku Bijutukan


Tempat ini sangat cantik untuk dilawati terutamanya pada waktu malam kerana pokok-pokok di tempat ini akan diterangi dengan lampu berlatar belakangkan Gunung Fuji.

 musim-luruh-6

Nikko


Bulan Oktober

Berdekatan Stesen Nikko


Nikko mempunyai banyak tempat untuk melihat dedaun musim luruh ini seperti Irohazaka, Tosyogu, Kegonnotaki, Mt. Ohira, Yunoko dan lain-lain dan anda boleh berjalan kaki untuk pergi ke tempat-tempat tersebut.

 musim-luruh-7

Hakone

 

Akhir Oktober hingga akhir November

Berdekatan dengan Stesen Odawara


Anda boleh menaiki di kereta api Hakone tosan untuk menikmati pemandangan yang indah.

 musim-luruh-8

Kamakura

 

Akhir November hingga pertengahan Disember

10 minit berjalan kaki dari Stesen Kamakura


Kamakura mempunyai banyak kuil-kuil yang terkenal. Anda boleh melihat daun-daun musim luruh sambill berjalan-jalan melalui kuil-kuil tersebut.

 musim-luruh-9

Kyoto

 

Akhir November hingga awal Disember

15 minit menaiki dari Stesen Kyoto


Kyoto mempunyai banyak kuil dan gambar di sebelah ini adalah gambar Kiyomizudera. Daun merah adalah salah satu ciri yang paling dikagumi kuil ini.