Lihat Mount Fuji dari atas flight & dalam Shinkansen

Mount Fuji merupakan mercu tanda Jepun yang sangat terkenal di seluruh dunia.
Tahukah anda yang anda boleh melihat mercu tanda Jepun ini hanya dari atas kapal terbang dan dalam kereta api Shinkansen?
Ya, betul! Anda berpeluang melihat Mount Fuji dari tingkap tempat duduk jika anda menaiki kapal terbang domestik Jepun dan bullet train Shinkansen.
Akan tetapi, anda mesti nak tahu tempat duduk sebelah mana yang anda patut pilih berdasarkan arah destinasi dua pengangkutan ini.
Teruskan membaca!

 

   ▌Dari Atas Kapal Terbang

Untuk melihat Mount Fuji dari atas kapal terbang, ianya hanya valid untuk penerbangan domestik sahaja.
Bagi kapal terbang yang berlepas daripada Kansai Aiport (KIX) ke Kuala Lumpur dan daripada Narita Airport (NRT) ke Kuala Lumpur tidak akan berpeluang melihat Mount Fuji kerana kapal terbang melalui laluan lain.
Berikut adalah penerbangan domestik yang berpeluang melihat Mount Fuji daripada atas kapal terbang dan kedudukan tempat duduk yang bertuah :-

Penerbangan ANA

  • Kansai Airport (KIX) – Haneda Airport (HND)   : tempat duduk tepi tingkap sebelah KIRI

Penerbangan Japan Airlines (JAL)

  • Haneda Airport (HND) – Kansai Airport (KIX)   : tempat duduk tepi tingkap sebelah KANAN
  • Kansai Airport (KIX) – Haneda Airport (HND)   : tempat duduk tepi tingkap sebelah KIRI

Penerbangan Jetstar Japan

  • Narita Airport (NRT) – Kansai Airport (KIX)       :  tempat duduk tepi tingkap sebelah KANAN

Ada sesetengah laluan kapal terbang antarabangsa juga boleh nampak Mount Fuji, tapi bergantung kepada keadaan cuaca juga.

Malangnya, kami naik Air Asia. Sampai malam, gerak balik pun malam. Wuwuwuwuu~

Jangan sedih. Tak dapat tengok dari atas, anda masih boleh tengok dari dalam Shinkansen.

 

   ▌Dari Dalam Shinkansen

Caranya adalah dengan menaiki Tokaido Shinkansen daripada Tokyo ke Osaka atau sebaliknya.
Kawasan stesen di mana Mount Fuji kelihatan adalah seperti dalam gambar di bawah.

 

Source : jpmanual.com

Seperti yang anda lihat dalam gambar, Mount Fuji boleh dilihat ketika melepasi kawasan yang ditandakan iaitu antara Atami Station hingga Shin-Fuji Station.
Paling jelas adalah di antara Mishima Station dan Shin-Fuji Station.

 

Kedudukan tempat duduk yang dapat melihat Mount Fuji adalah “Seat E” yang merupakan kerusi 2 tempat duduk di sebelah tingkap. Sila rujuk gambar di bawah.


Source : jpmanual.com

 

Selepas ini, bolehlah anda tangkap gambar seperti ini (*´▽`*)

 

Bagi Shinkansen JR Tokaido Line (Convensional Lines) pula hanya sedikit perbezaan pada kawasan stesennya.

Anda boleh menikmati pemandangan Mount Fuji dalam Shinkansen daripada kedudukan tempat duduk JR Tokaido Line seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas.

Kat bawah ni, MKJ belanja sikit video pemandangan Mount Fuji dari dalam Shinkansen untuk anda. (´∀`)♡

 

Enjoy your trip in Japan! ♡ (•‿•)

Leave a Comment