Melancong Ke Jepun Tanpa Visa

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

1

     Bermula daripada 1 Julai 2013, rakyat Malaysia tidak perlu lagi bersusah payah untuk memohon atau mendapatkan visa jika mahu berkunjung ke negara Jepun. Tetapi, ada beberapa syarat yang harus anda patuhi untuk membolehkan anda melancong ke Jepun tanpa Visa. Oleh sebab ramai daripada anda yang masih lagi keliru mengenai perkara ini, kami daripada MelancongKeJepun.com akan cuba untuk memberi penjelasan yang lengkap.

     Sebelum ini rakyat Malaysia atau rakyat daripada mana-mana negara lain perlu mempunyai visa untuk masuk ke negara Jepun. Namun begitu, sekarang pelancong tidak lagi perlu memohon visa di Kedutaan Jepun sebaliknya visa akan diberikan di pintu masuk Jepun dan visa ini dipanggil “Visa On Arrival” atau VOA. Visa On Arrival  hanya diberikan kepada rakyat Malaysia yang memegang passport baru iaitu passport biometrik yang dilengkapi mikrocip dan menepati piawaian ICAO Standards.

     Passport baru yang dikeluarkan daripada tahun 2010 dan keatas telah dikemaskini oleh kerajaan dan mematuhi piawaian ICAO Standards. Namun begitu bagi passport lama yang dikeluarkan sebelum tahun 2010 adalah tidak mematuhi piawaian ICAO Standards dan pemilik passport ini harus memohon visa untuk melancong ke Jepun.

 

Perbezaan antara Passport lama dan Passport baru yang mematuhi piawaian ICAO standard :

2

     Ini adalah cara untuk membezakan pasport anda. Lihat dibahagian depan pasport anda, jika ia mempunyai simbol seperti kotak di bahagian bawah, itu bermaksud passport anda adalah pasport biometrik yang dilengkapi mikrocip dan menepati piawaian ICAO Standards. Mereka yang mempunyai pasport ini boleh berkunjung ke Jepun dalam tempoh jangka masa pendek iaitu selama tiga bulan.

     Tetapi, pihak imigresen Jepun masih berhak untuk menghalang sesiapa sahaja dari masuk negaranya atas sebab yang difikirkannya perlu. Jika ini terjadi, anda perlu membuat rayuan terlebih dahulu di Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur sebelum ke negara Jepun.

 

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda tidak memiliki passport biometrik yang dilengkapi mikrocip dan mematuhi piawaian ICAO standard ini ?

     Jika passport anda jenis lama, anda tetap perlu memohon visa dikedutaan Jepun terlebih dahulu. Permohonan visa ke Jepun ini adalah percuma. Sila pastikan semua dokumen adalah lengkap dan passport anda masih valid dan masih ada lagi muka surat kosong. Borang permohonan visa dan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi Kedutaan Jepun Di Malaysia

 

Tempoh Sah Laku Passport Tidak Kurang 6 Bulan

    Sila semak tarikh luput passport anda dan pastikan tarikh luput tidak kurang dari 6 bulan ketika tarikh berlepas. Kecuaian memperbaharui passport perjalanan akan mengakibatkan anda tidak dibenarkan menaiki pesawat oleh jabatan imigresen di lapangan terbang. Perkara ini adalah amat penting bukan sahaja untuk pergi ke Jepun, tetapi untuk pergi ke mana-mana negara luar daripada Malaysia.