Mount Fuji Shibazakura Festival

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Shibazakura Mt Fuji

Festival ini kebiasaannya dianjurkan daripada pertengahan bulan April sehingga awal bulan Jun pada setiap tahun. Waktu terbaik untuk menikmati keindahan permandangan semula jadi ini adalah berbeza setiap tahun, namun kebiasaannya adalah pada tiga minggu pertama bulan May. Pada waktu ini dianggarkan lebih 800,000 kuntum bunga Shibazakura yang terdiri daripada 5 jenis spesis bunga akan kembang mekar menjadikan pemandangan yang amat memukau dengan warna bunga seperti warna merah jambu, ungu dan sebagainya. Terdapat juga banyak cenderahati bertemakan Shibazakura Festival dijual disini.

 

Acara Shibazakura Festival ini adakalanya akan menjadi agak sesak dengan bilangan pelancong yang ramai disebabkan oleh popularitinya. Oleh sebab itu, kami menasihatkan anda untuk mengelak daripda pergi sewaktu cuti Golden Week (cuti tahunan dimana seluruh masyarakat jepun cuti kerja selama hampir seminggu). Walaupun memandangan akan lebih jelas dan cerah pada waktu tengah hari, anda digalakkan untuk pergi pada awal pagi untuk mengelakkan kesesakkan pelancong yang ramai.

Shibazakura pakej murah