Musim Sakura di Jepun

Antara jenis Sakura yang paling biasa ditemui :

1. Somei Yoshino

Bunga sakura daripada jenis ini sangat terkenal. Bunganya berwarna putih dan pokoknya hanya mengeluarkan bunga sahaja tanpa daun. Jenis sakura ini berbunga awal dan akan berbunga seawal minggu pertama musim bunga sakura mekar. Selepas itu, bunga-bunga Somei Yoshino ini akan gugur dan daun-daun hijau mulai tumbuh di pokok menggantikan bunga yang sudah gugur.

Sakura 13

2. Shidarezakura / weeping cherry

Dahan pokok ini berjuntai ke bawah dan dahannya sangat rendah. Bunga daripada weeping cherry ini kebiasaanya berwarna merah jambu terang. Ia boleh  dibahagikan kepada dua jenis, pokok bunga dengan lima kelopak dan pokok bunga dengan lebih daripada lima kelopak. Jenis sakura ini juga, berbunga awal dan akan berbunga seawal minggu pertama musim bunga sakura mekar.

Sakura 14

3. Yamazakura

Bunga sakura ini adalah yang paling biasa dapat ditemui Jepun. Ia biasanya tumbuh liar di alam semula jadi. Bunga ini berwarna sedikit merah jambu dan mempunyai lima, kelopak kecil. Yamazakura mengeluarkan daun segar bersama-sama dengan bunga pada masa yang sama, Pokok dari jenis ini sangat mirip dengan Somei Yoshino.

Sakura 15

Berikut adalah tempat yang popular untuk menikmati keindahan sakura di Tokyo:

 Sakura 1
Shinjuku Gyoen
10 minit berjalan kaki dari Shinjuku Station

Harga tiket : 200 yen

Masa : 9:00am-16:30pm

 Sakura 2
Ueno Park
Berdekatan dengan Ueno Station

Masuk percuma

Masa : 17:00pm -20:00pm

 Sakura 3
Chidorigafuchi
Berdekatan dengan Kudanshita Station

Masuk percuma

Masa : 18:30pm – 22:00pm

Sumida Park
Sumida Park
Berdekatan dengan Asakusa Station

Masuk percuma

Masa : 18:00pm – 21:00pm

 Sakura 5
Yoyogi Park
5 minit berjalan kaki dari Harajuku Station

Masuk percuma

 Sakura 6
Asukayama Park
Berdekatan dengan Oji Station

Masuk percuma

 Sakura 7
Meguro River
Berdekatan dengan Nakameguro Station

Masuk percuma

 Sakura 8
Inokashira Park
Selatan Kichijoji Station

Masuk percuma

 Sakura 9
Koishikawa Korakuen
10 minit berjalan kaki dari Shinjuku Station dari Iidabashi, Suidobashi atau Korakuen Station
Harga tiket : 300 yen

Masa : 9:00am – 17:00pm

 Sakura 10
Koishikawa Botanical Garden
10 minit berjalan kaki dari Hakusan atau Myogadani Station
Harga tiket: 400 yen

Masa : 9:00am – 16:30pm

 Sakura 11

Aoyama Cemetery 

5 minit berjalan kaki dari Nogizaka Station

Masuk percuma

Di bawah ini adalah ramalan tarikh pokok sakura akan mula berkembang mekar pada tahun 2015 (mengikut Japan Weather Association)

Sakura 12


Musim sakura amat dinanti-nantikan kerana ianya datang hanya setahun sekali sahaja.  Pastikan anda merancang percutian anda dengan sebaiknya supaya anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan keindahan alam ini.

Berikut adalah gambar-gambar ketika musim Sakura
Sakura 16

Sakura 17

Sakura 19