Panduan Menaiki Keretapi di Jepun

Berikut adalah panduan menaiki keretapi di Jepun.

 

1. Kategori Keretapi  

  • Local (kakueki-teisha atau futsu-densha) – Local trains akan berhenti di setiap stesen.
  • Rapid (kaisoku) – Rapid trains hanya akan berhenti di beberapa stesen tertentu. 
  • Express (kyuko) – Express trains hanya akan berhenti di beberapa stesen tertentu sahaja. Jumlah stesen yang keretapi ini akan berhenti lebih sedikit berbanding Rapid trains. Oleh sebab itu, Rapid Trains mampu sampai dengan lebih cepat.
  • Limited Express (tokkyu) – Limited express trains hanya akan berhenti di stesen utama sahaja. 
  • Super Express (shinkansen/bullet train) – Bullet Train hanya dikendalikan oleh syarikat JR. Bullet Train beroperasi di landasan yang berasingan daripada kategori keratapi yang lain.

2. Kategori Tempat Duduk 

    JR menyediakan dua jenis tempat duduk iaitu Ordinary dan Green (first class). Dua jenis tempat duduk ini terdapat di dalam bullet train dan limited express train. Kebanyakkan keretapi JR hanya menyediakan tempat duduk Ordinary. 

    Kebanyakkan bullet train dan limited express train mempunyai Non-reserved Seat (jiyu-seki) dan Reserved Seat (shitei-seki). Selalunya tempat duduk bahagian green (first class) adalah resserved seat. Manakala semua tempat duduk di dalam local, rapid dan express trains adalah jenis non-reserved seat.

    Merokok adalah dilarang di dalam keretapi. Hanya keretapi jarak jauh sahaja yang mempunyai ruangan khas untuk merokok.

 

3. Membeli Tiket Keretapi 

Tiket bagi perjalanan jarak dekat adalah lebih mudah dibeli di Vending Machine, manakala tiket bagi perjalanan jarak jauh pula adalah lebih mudah dibeli di kaunter tiket. 

a) Cara membeli tiket di vending machine :

            1. Pilih destinasi yang ingin anda pergi berdasarkan peta yang terdapat di atas vending machine

                tersebut.

            2. Masukkan duit siling berdasarkan harga tiket tersebut. Vending machine hanya menerima duit

                siling 10, 50, 100, 500 yen dan duit kertas 1000 yen sahaja.

            3. Pilih berapa bilangan tiket yang ingin anda beli. 

            4. Berdasarkan harga tiket untuk ke destinasi yang ingin anda pergi, pilih dan tekan nilai tiket di

                skrin yang sama dengan harga tiket anda.

            5. Ambil tiket dan baki bayaran anda.

            

b) Cara membeli tiket di kaunter :

    Sebelum membeli tiket, pastikan anda telah mengetahui perkara berikut:

            1. Bilangan ahli kumpulan anda

            2. Tarikh perjalanan

            3. Stesen perlepasan

            4. Stesen yang ingin ditujui

            5. Jenis tempat duduk ordinary atau first class

            6. Reserved seat atau non-reserved seat

            7. Nama keretapi dan waktu perlepasan

            8. Ingin gerabak yang boleh merokok atau tidak boleh merokok

 

4. Memasuki Pintu Tiket Automatik 

Semasa hendak memasuki pintu tiket automatik, masukkan tiket anda ke dalam ruang penerima tiket dan terus berjalan melepasi pintu tiket tersebut. Kemudian ambil semula tiket anda di bahagian hujung pintu tiket tersebut. Jika tiket anda tidak sah, pintu tiket tidak akan terbuka dan siren akan berbunyi.

           tips-tiket-keretapi-jepuncara-membeli-tiket-keretapi-jepun

 

5. Semasa di Platform Stesen 

Lihat papan tanda dan pergi menunggu di platform stesen yang betul. Kebanyakkan papan tanda ditulis dalam bahasa Jepun dan bahasa inggeris. Beratur di belakang garisan tersebut.

 

6. Menaiki Keretapi

Tunggu sehingga semua penumpang turun kemudian barulah memasuki keretapi. Jangan menghalang laluan penumpang lain untuk keluar daripada keretapi. Anda digalakkan untuk meletakkan beg anda di ruang tempat letak barang yang telah disediakan.

              tips-menaiki-keretapi

 

7. Setelah Sampai di Stesen

Kebanyakkan nama stesen akan ditulis dalam bahasa Jepun dan bahasa inggeris. Pastikan anda tidak terlepas atau terlajak hingga ke stesen yang berlainan. Keluar di pintu tiket dengan cara yang sama seperti anda masuk. Jika anda tersalah beli tiket dan pintu tiket tidak terbuka, anda harus pergi ke kaunter tiket bersebelahan dengan pintu tiket untuk membayar secara terus dengan staff yang bertugas.