Panduan Menggunakan Bas Di Jepun

Bila sebut tentang pengangkutan di Jepun, kebanyakkan orang akan terbayang kereta api yang sampai tepat pada masanya dan Bullet Train Shinkansen. Walaupun kereta api adalah nadi pengangkutan negara Jepun, tidak semua tempat boleh dituju kereta api. Pada masa-masa tertentu, anda perlu mengambil bas untuk mengelilingi bandar atau dari stesen kereta api ke destinasi yang dituju.

“Tapi, saya tak tahu la macam mana nak naik bas dekat sana. Sebab tu saya pilih untuk naik teksi”. Ramai yang macam ni kan?
Baik. Sebab tu hari ini MKJ nak ajar anda cara yang betul nak guna bas Jepun ni supaya anda tidak membazirkan duit menaiki teksi lagi lepas ni. Jom kita mulakan!

▐  Kaedah Menaiki Bas Jepun

Ada banyak syarikat-syarikat yang mengendalikan bas kita boleh tengok dekat Jepun. Ada syarikat bas express, bas lebuh raya, bas tempatan dan lain-lain. Setiap bas ada kaedah atau cara yang berbeza untuk naik. Di Jepun, ada 5 kaedah yang anda perlu tahu sebelum menaiki bas terutamanya bas tempatan.


Jadual di atas menunjukkan 5 kaedah menaiki bas Jepun.

Tokyo, Kanagawa, Chiba dan Nagoya menggunakan kaedah ③ atau ④
Osaka, Kyoto dan daerah lain menggunakan kaedah ① atau ②
Daerah bersalji seperti Tohoku menggunakan kaedah 

▐  Kedudukan Pintu Masuk / Pintu Keluar

  • Masuk Sebelah Depan / Keluar Sebelah Belakang

Anda dikehendaki menaiki bas melalui pintu depan. Apabila anda sudah masuk ke dalam bas, anda perlu bayar tambang bas terlebih dahulu. Dalam kes ini, anda akan membayar kadar tetap dan bukannya kadar yang fleksibel berdasarkan mileage. Biasanya bas begini adalah bas-bas di Tokyo Metropolitan atau sistem bas di bandar Kyoto.

  • Masuk Sebelah Belakang / Keluar Sebelah Depan

Anda dikehendaki masuk daripada pintu yang terletak di belakang bas. Apabila anda masuk ke dalam bas, ambil tiket dari mesin yang terletak di dalamnya sahaja. Cari tempat duduk anda. Lihat paparan elektronik berhampiran pemandu bas, ia menunjukkan hentian seterusnya. Di kawasan-kawasan pelancongan yang popular, paparan tersebut mempunyai terjemahan bahasa Inggeris, tetapi kebanyakkannya tidak.

▐  Panduan Papan Paparan (Display Board)

Apabila anda menaiki bas Jepun, nombor bas adalah sangat penting untuk mengetahui laluan bas dan destinasi bas.

▐  Tentang Tambang Bas

Jenis sistem bas Jepun adalah seperti dibawah :-

  • Sistem Tambang Tetap (Flat Fare System)

Tambang bas akan dipaparkan di paparan elektronik di hadapan bas dan symbol ‘Tanpa Tiket’ / ‘No Ticket‘ akan dinyalakan. Kebanyakan tambang untuk bas bandar Kyoto ialah ¥230 untuk dewasa dan ¥120 untuk kanak-kanak (pada April 2018).

  • Sistem Tambang Mileage

Tambang bas bagi sistem tambang mileage perlulah dibayar mengikut nombor pada tiket yang selaras dengan paparan pada monitor di hadapan.

Cara pembayaran tambang bas adalah seperti berikut:
  1. Tunai (Tiket bas diperlukan sebelum anda turun daripada bas)
  2. Kad IC
  3.  Kad bas magnetik  (Tiket bas diperlukan sebelum anda turun daripada bas)

▐  Cara Menaiki Bas (Postpaid)

Apabila anda masuk ke dalam bas, sila ambil tiket jika anda membayar tambang bas secara tunai. Jika anda membayar tambang bas dengan kad bas magnetik atau kad IC, sila sentuh atau masukkan kad anda di sini.
(Tidak perlu jika anda menaiki bas sistem tambang tetap).

▐  Cara Menaiki Bas (Prepaid)


Gambar di atas menunjukkan mesin tambang bas yang telah dilabelkan bagi memudahkan anda untuk memahaminya.

Jika anda akan menaiki bas yang menggunakan sistem tambang mileage,  pemandu bas mungkin akan tanya hentian destinasi anda.

▐  Bila Sampai di Destinasi, Macam Mana Nak Turun?

Bila nama hentian bas destinasi anda diumumkan atau ditunjukkan di papan buletin elektrik di hadapan bas, sila tekan butang ini yang berada di depan kerusi atau di tempat pemegang tangan untuk memberitahu pemandu yang anda ingin turun di situ.

▐  Cara Turun Bas (Postpaid)


Gambar di atas menunjukkan mesin tambang bas yang telah dilabelkan bagi memudahkan anda untuk memahaminya.

Tiket bas diperlukan jika anda akan membuat bayaran secara tunai atau kad bas magnetik (Magnetic Bus Card).

Tambang bas bagi sistem tambang mileage perlulah dibayar mengikut nombor pada tiket yang selaras dengan paparan pada monitor di hadapan.

▐  Cara Turun Bas (Prepaid)

Anda tidak perlu buat apa-apa, terus turun sahaja daripada bas selepas menekan butang.

▐  Bas Di Tokyo

Tokyo Toei buses (dikendalikan oleh Biro Pengangkutan Tokyo Metropolitan) meliputi kawasan utama Tokyo di dalam kawasan bandar Yamanote Loop termasuk Akihabara, Asakusa, Ginza, Ochanomizu, Kanda, Marunouchi, Nippori, Odaiba, Roppongi, Shinjuku, Shibuya, Shinagawa , Sugamo, Tokyo Station dan Tokyo Skytree.
Ketibaan dan perlepasan bas lebuh raya tertumpu di Terminal Bas Shinjuku di bahagian selatan Station Shinjuku.

Pas Bas Tokyo

Pas Bas Toei One Day Economy Pass berharga 700 yen; Pass Card IC One-Day Pass juga berharga 700 yen dan boleh ditambah ke kad PASMO. Kos ditolak dari baki Kad PASMO anda.
Tiket Percuma Satu Hari Tokyo membenarkan penggunaan tanpa had Bas Toei, Subway Toei,  Toei Streetcar Arakawa Line (Toden), dan Nippori-Toneri Liner, serta Tokyo Metro dan tren JR East termasuk Yamanote Line dalam 23 daerah Tokyo untuk satu hari.

Tiket Percuma Satu Hari Tokyo (Tokyo Combination Ticket) berharga 1,590 yen sahaja.
Bas-bas Tokyo Toei mempunyai warna hijau, kuning dan putih.
Kini terdapat 138 laluan dan lebih 1600 hentian di Tokyo.
Di samping itu, Toei juga mengendalikan beberapa bas persiaran khusus di ibu negara seperti Bus Tokyo Shitamachi yang melawat Akihabara, Ueno dan Asakusa dari Tokyo Station.

▐  Bas Di Kyoto

Menggunakan bas di Kyoto untuk bersiar-siar sangat penting dengan hanya dua laluan subway di bandar.

Terdapat dua jenis bas utama yang beroperasi di Kyoto:

  • Bas Bandaraya Kyoto (hijau) 
  • Syarikat Bas Kyoto (putih)

Bas-bas Bandaraya Kyoto (Kyoto City busses) berkhidmat di bandar dalaman manakala Syarikat Bas Kyoto (Kyoto Bus Company) pergi ke lebih kepada kawasan seperti Ohara dan Arashiyama.
Pemandu bas akan mengumumkan destinasi dalam Bahasa Jepun dan Inggeris dan di papan elektronik di hadapan bas.

Exit dari pusat Karasuma di Stesen Kyoto adalah terminal bas utama di bandar ini.

Platform bas yang dikodkan A untuk Kyoto timur, B untuk kawasan barat, C untuk kawasan selatan Kyoto Station dan D untuk Raku Bus 100, #28 ke Matsuo Shrine dan Arashiyama dan bas #208 (rujuk gambar di bawah).

Terminal bas utama lain terletak di Sanjo Keihan Station dan Kita-Oji Subway Station di utara berhampiran Daitokuji Temple.Platform bas di Kita-Oji berkod warna: merah di sebelah timur dan biru di sebelah barat. 100 Yen Loop Bus (Raku Bus) beroperasi pada hujung minggu dan cuti kebangsaan khas untuk mereka yang suka membeli-belah.
Bas ini berjalan dari Kyoto City Hall ke Karasuma Oike, Shijo Karasuma dan Shijo Kawaramachi.
Perhatikan bas yang bertanda “100 yen” seperti dalam gambar.

Selain bas Kyoto City dan bas Syarikat Kyoto, Keihan Kyoto Kotsu mengendalikan bas dari Exit Central Station Kyoto ke Kameoka dan dari Exit Hachijoguchi (Selatan) ke Kyoto’s University kampus Katsura dan Limousine Bus dari Hachijoguchi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX ) yang mengambil masa kira-kira 90 minit. Bas-bas Kyoto berjalan dari awal pagi sekitar pukul 5 pagi hingga kira-kira pukul 11 malam pada waktu malam.

Sekiranya anda memaksimumkan penggunaan bas-bas di Kyoto, anda disarankan untuk membeli all-day bus pass (500 yen), yang merangkumi kawasan pusat bandar atau Kyoto One-Day Pass (1,200 yen) atau Two-Day Pass  (2,000 yen), yang boleh digunakan pada bas Kyoto City (hijau), bas Kyoto Bus Company (putih) dan subway.

Bas Yang Boleh Menggunakan JR Pass

Bas JR beroperasi secara tempatan di beberapa buah wilayah: Hokkaido, Tohoku, Kanto, Tokai, Shikoku, Chugoku, Kyushu, dan Jepun Barat.
Ini termasuk bandar dan kawasan Aomori, Chiba, Ehime, Fukagawa, Fukuchiyama, Fukui, Fukuoka, Fukushima, Gunma, Hikari, Hiroshima, Ibaraki, Iwate, Kagoshima, Kanazawa, Kochi, Kyoto, Nagano, Saga, Samani, Sapporo, Shiga , Tochigi, Tokyo, dan Yamaguchi.
Bas tempatan yang ditanda dengan logo “JR” di dalam bas (dan perhentian bas) termasuk dalam Laluan JR.

Selain itu, bas lebuh raya JR menawarkan beberapa faedah ke atas bas bukan JR.
Ia mempunyai tempat duduk yang lebih besar yang boleh dibaringkan sehingga sudut empat puluh darjah.
Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai akses kepada rehat kaki yang boleh laras dan lebih banyak ruang kaki daripada kebanyakan bas lain, ruang yang lebih besar untuk bagasi, dan radio peribadi tersedia di tempat duduk.
Laluan bas Kyushu juga ada menawarkan makanan ringan.

Walaupun anda tidak mempunyai Pas JR, anda masih boleh menggunakan bas Jepun.
Begitu juga dengan bas yang tidak dilindungi di bawah Laluan JR.

Semoga dengan panduan perjalanan menaiki bas yang kami kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang akan menggunakan bas untuk pertama kali.
Have a nice trip in Japan! ´・ᴗ・`

Leave a Comment