Panduan Menggunakan Google Flight

GOOGLE FLIGHT boleh dikatakan salah satu alat carian mudah untuk mencari tiket penerbangan kos rendah, lebih banyak ciri yang akan membantu pelancong meramalkan kenaikan atau penurunan tambang. Selain itu, jika anda memilih destinasi tertentu tetapi tidak mempuyai tarikh yang tetap, GOOGLE FLIGHT akan mencadangkan masa terbaik untuk terbang dengan kos yang paling rendah, termasuk laluan dan jadual alternatif. GOOGLE FLIGHT juga membantu anda menjimatkan kos dengan membuat sedikit pengubahsuaian kepada pelan perjalanan anda, seperti beralih kepada sebuah lapangan terbang alternatif atau menukar tarikh berlepas. Di samping itu, GOOGLE FLIGHT akan memberitahu anda sekiranya harga dijangka meningkat atau menurun mengikut peredaran masa. Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana maklumat itu adalah berdasarkan data sahaja dan tidak 100% tepat sepanjang masa.

CARA MENGGUNAKAN PENCARIAN GOOGLE FLIGHTS

1) Layari laman sesawang GOOGLE FLIGHT 12) Bila anda sudah masuk ke laman sesawang ini, paparan utama carian online akan keluar sama seperti gambar di bawah.2Anda perlu melengkapkan beberapa info wajib seperti :
– Lokasi Percutian (Airport)
– Tarikh

Anda juga boleh mengisi beberapa maklumat tambahan lain untuk menapis carian tiket penerbangan dengan lebih terperinci. Contohnya seperti berikut :- Jenis Kelas Tiket (Economy/Business)
– Jumlah Ahli (Dewasa & Kanak-kanak)
– Jenis Tiket (tiket pergi balik (round trip), tiket sehala (one way), ataupun tiket multi-city)
– Jenis Syarikat Penerbangan (Airasia/MAS/JAL/ANA)

3) Setelah anda mengisi maklumat yang diperlukan, anda harus menekan butang “Search”. Selepas itu, hasil carian akan keluar, contohnya seperti gambar rajah dibawah ini.
3Seperti yang anda dapat lihat di atas, hasil carian akan memaparkan pelbagai jenis pilihan tiket penerbangan daripada yang murah hinggalah yang paling mahal. Anda juga boleh terus menapis syarikat penerbangan mana yang anda mahukan tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk pergi ke setiap satu lama web rasmi syarikat penerbangan tersebut. Selain itu, anda juga boleh terus menapis tiket penerbangan berdasarkan tempoh masa perjalanan untuk sampai ke destinasi atau berapa banyak transit yang diperlukan untuk sampai ke destinasi.

4) Selain itu, jika anda masih tidak pasti tarikh yang sesuai untuk bercuti, GOOGLE FLIGHT akan memberikan cadangan tarikh yang sesuai berdasarkan tapisan harga yang termurah. Anda boleh mengubah tarikh lawatan anda berdasarkan cadangan tersebut. Sila rujuk gambar di bawah dibahagian tulisan berwarna hijau “Date Tip”.4Ia akan mengurangkan lagi harga jika anda mengikut cadangan tarikh yang diberi. Google flights akan sentiasa mengemaskini harga setiap hari mengikut tawaran terkini daripada syarikat penerbangan. Anda hanya perlu sentiasa mengaktifkan “notifications” untuk mengetahui perkembangan harga tersebut.

5) Jika anda setuju dengan cadangan harga yang diberi, anda perlu ubah semula tarikh berdasarkan cadangan harga yang diberi. Kemudian tekan pada harga yang anda setuju dan hasilnya akan terpapar gambar dibawah.56) Langkah yang terakhir, pilih tiket pulang mengikut pilihan harga yang sesuai.6Selepas semua langkah tersebut selesai, anda akan diberi pilihan untuk menempah melalui beberapa cara yang berbeza contohnya untuk menempah secara terus di laman web rasmi syarikat penerbangan tersebut atau menempah melalui agen carian online yang lain.

Sebelum anda membuat tempahan, pastikan maklumat tiket penerbangan anda betul. Jika harga kedua-duanya hampir sama, saranan kami adalah lebih baik anda menempah secara terus melalui laman web rasmi syarikat penerbangan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan atau sebarang masalah yang tidak dijangka. Selamat mencuba!