Senarai Restoran Halal di Jepun

WARUNG MATAHARI (Hiroshima)
restoran-halal-tokyo
Chef restoran ini berasal daripada Bali. Sudah hampir 12 tahun restoran ini dibuka disini. 

Alamat: 5-8-13 Otemachi Naka-ku Hiroshima City
Tel: 082-240-2082

MERAH PUTIH CAFE (Tokyo, Shin-Okubo)
restoran-halal-tokyo
Merah Puteh Cafe terletak di Shin-Okubo dalam kawasan Small Muslim Village.
Anda akan dilayan oleh perkerja Indonesian yang amat peramah.

Alamat: #304 2-10-9 hyakunin-cho, Shinjuku-ku, Tokyo
Tel: 03-6279-2399

NASCO KEBAB (Tokyo, Shin-Okubo)
kebab-halal-tokyo
Nasco Kebab adalah amat popular bagi masyarakat Islam di Shin-Okubo dalam kawasan Small Muslim Village.

Alamat: 2-10-8 hyakunin-cho, Shinjuku-ku, Tokyo
Tel: 03-5332-5194

BAGUS (Osaka)
kedai-makan-halal-osaka
Bagus terletak di tengah-tengah bandar Osaka.
Chef Indonesian di restoran ini telah berpengalaman bekerja di Indonesia selama 7 tahun.

Alamat: 1-9-11 Nakatsu Kita-ku, Osaka City, Osaka
Tel: 06-6376-5818

MALAYCHAN (Tokyo, Ikebukuro)
restoran-malaysia-jepun
Restoran ini dimiliki oleh seorang warga Jepun. Restoran ini dibuka oleh beliau kerana telah jatuh cinta dengan masakan Malaysia.
Restoran ini juga membekalkan makanan kepada syarikat penerbangan All Nippon Airway (ANA) di bahagian business class.

Alamat: 3-22-6 Nishi-Ikebukuro, Toshima-Ku, Tokyo
Tel: 03-5391-7638

HALAL JAPANESE BEEF BBQ RESTAURANT “Gyumon” (Tokyo, Shibuya)
kedai-korea-halal-di-jepun
Ini adalah restoran BBQ yang pertama di Jepun yang menyediakan daging lembu Jepun yang Halal. Chef di restoran ini juga adalah beragama Islam.

Alamat: 3-14-5 Shibuya, Shibuya-ku Tokyo
Tel: 03-5369-2911

CAFE TERATAI (Hiroshima)
restoran-halal-hiroshima
Café Teratai terletak di tengah-tengah bandar Hiroshima.
Pemilik restoran warga Indonesia ini popular dalam kalangan masyarakat tempatan kerana beliau pernah muncul di rancangan TV Hiroshima. Iman masjid Tokyo Camii juga pernah makan di restoran ini semasa lawatan beliau ke Hiroshima.

Alamat: 11-13 3F Hacchobori Naka-ku,Hiroshima-city Hiroshima Prefecture
Tel: 082-511-0577

MALAY KAMPUNG (Tokyo, Yaesu)
Malay Kampung, Tokyo
Malay Kampung berada dalam jarak 10 minit jalan kaki daripada Tokyo Station.
Chef utama di restoran in adalan orang Melayu yang berasal daripada Negeri Terengganu.

Alamat: 1-4-8 2F Hacchoubori Chuo-Ku Tokyo
Tel: 03-3537-6690

CAFE RESTAURANT CAMPHORA (Kyoto University)
Camphora, Kyoto University
Restaurant Camphora terletak berdekatan dengan gate utama Kyoto University. Mereka menghidangkan makanan dan memasak dengan cara yang Halal. Restoran ini bukan sahaja popular dalam kalangan pelajar, malah masyarakat tempatan jugak kerap berkunjung di sini.

Alamat: Kyoto University, Sakyo-ku, Kyoto 606-8501, Japan
Tel: 075-753-7628

NINOMIYA HALAL BREAD FACTORY (Shibuya)
NINOMIYA HALAL BREAD FACTORY, Shibuya
Ninomiya hanya menggunakan roti yang telah disahkan Halal oleh Japan Muslim Association. Mereka juga sudah mula menggunakan daging halal yang diimport daripada Australia.

Alamat: 18-4 Sakuragaoka Shibuya-ku Tokyo 150-0031 Japan
Tel: 03-3461-2077

WARUNG JAWA (Sapporo)
WARUNG JAWA (Sapporo)
Warung Jawa berada dalam jarak 10 minit jalan kaki daripada Stesen Sapporo dan berdekatan Universiti Hokkaido. Restoran ini popular dalam kalangan pelajar Malaysia dan pelajar Indonesia yang menuntut di Universiti Hokkaido.

Alamat: Zeus-Building B1F ,3chome kita 14 jou-nishi, Kita-ku, Sapporo-City
Tel:022-708-6880
Web: www.halal-shop.net/access.htm

RASA MALAYSIA (Ginza)
Rasa Malaysia, Ginza
Rasa Malaysia teletak di tengah-tengah bandar Ginza. Kakitangan Kedutaan Malaysia dan Malaysia Airlines juga kerap berkunjung ke restoran ini.

Alamat: Address 8F,Ginza Five Star Building 5-8-13 Ginza, Chuo-ku, Tokyo
Tel: 03-3289-1668

KEBAB YE (Shinjuku)
KEBAB YE, Shinjuku
“Kebab Ye” adalah sebuah restoran kecil yang hanya menyediakan 10 kerusi untuk pelanggan. Chef utama restoran berasal daripada Turki dan berkahwin dengan warga Jepun yang kemudian memeluk Islam. Chef restoran ini kerap dijeput oleh Kedutaan Turki dan Masjid Tokyo apabila terdapat majlis penting.

Alamat: Dairokusanwa Building 1F, 6-7 Shinjuku 3-chome, Shinjuku-ku, Tokyo
Tel: 03-3356-5691

JOM MAKAN (Ginza)
JOM MAKAN, Ginza
“Jom Makan” adalah sebahagian daripada “Malaysian Kitchen Program” yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia untuk mempromosikan masakkan Malaysia. Restoran ini terletak di Ginza.

Alamat: Ginza Five B1, 5-1 Ginza, Chuo-ku, Tokyo
Tel: 03-6280-6777

SUMIYAKIA (Tokyo)

“Sumiyakiya” adalah restoran masakkan Korea yang terletak di Roppongi. Restoran ini hanya menggunakan daging yang Halal dan telah mendapat sijil pengiktirafan Halal. 

Alamat: 1F Nishi Azabu Anex Blg, 3-20-16 Nishi Azabu, Minato-ku, Tokyo
Tel: 03-3403-5397