Terma & Syarat

– Perkhidmatan ini diuruskan sepenuhnya oleh MelancongKeJepun.com.

– Bayaran deposit tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan tempahan pakej kami.

– Tempoh perkhidmatan Tour Guide kami adalah tetap mengikut jadual Itinerary di atas. Cas tambahan akan dikenakan sekiranya pihak anda memerlukan khidmat Tour Guide kami diluar waktu yang telah ditetapkan.

– Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kecuaian dari pihak anda yang melibatkan urusan passport atau tiket penerbangan dan secara tidak lansung menyebabkan anda tidak dapat terbang ke Jepun dan sebagainya.

– Kad elektronik untuk menaiki pengangkutan awam yang kami sediakan berserta isi kandungannya adalah hak milik kami dan perlu dikembalikan sebelum anda pulang ke Malaysia.

– Anda perlu mematuhi segala undang-undang, peradaban dan etika masyarakat Jepun sepanjang lawatan. Sekiranya anda melanggar peraturan dan disabitkan kesalahan atau denda, kami tidak akan bertanggungjawab.

– Penginapan yang telah kami cadangan adalah bukan diatas tanggungjawab kami. Kami tidak mempunyai sebarang kepentingan atau hubungan dengan pemilik penginapan yang kami cadangan (guest house/hotel). Sebarang ketidakpuasan hati terhadap kualiti penginapan dan sebagainya adalah diatas tanggungjawab anda.

– Wakil tour guide yang kami sediakan sepanjang lawatan adalah warga Malaysia yang menetap di Jepun. Kami bukannya pemandu pelancong yang bertauliah atau berlesen. Kami lebih mesra, peramah dan boleh anda anggap sebagai rakan yang akan membantu anda.

– Dengan memilih perkhidmatan dan servis kami, anda bersetuju dengan terma dan syarat di atas.