Tukar Duit Ringgit Murah Untuk Ke Luar Negara

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

3 Cara Tukar Duit Ringgit Murah Untuk Ke Luar Negara

Perkara wajib bagi si ‘kaki travel’ sebelum terbang bercuti ke luar negara mestilah menukar wang Ringgit ke mata wang asing negara yang akan dilawati, betul tak ?

Persoalannya, bagaimanakah cara nya ?

Nak tukar dari RM ke YEN.

Ada 3 cara yang MKJ ingin kongsikan iaitu  tukar wang di money changer, di bank-bank tempatan, juga dengan menggunakan kad ATM tempatan anda.

1. Tukar wang di syarikat money changer

Biasanya kadar pertukaran nilai matawang setiap syarikat adalah berbeza antara satu sama lain.

Ada yang kadarnya tinggi dan ada yang kadarnya rendah. Jadi anda harus bertindak bijak  mencari syarikat money changer yang menawarkan kadar pertukaran wang yang rendah supaya anda tak rugi !

Berikut 5 lokasi ‘money changer’ yang popular dengan kadar termurah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

My Money Master Sdn Bhd, Midvalley

Alamat : LG 040 Centre Court, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 10.00am – 10.00pm
Telefon : 1-800-22-3030

MV Forex, Midvalley

Alamat : LG 042 Centre Court, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : 10.00am – 10.00pm
Telefon : 03-2284 4000

Vital Rate, Pavilion

Alamat : Lot 1.24.00, Level 1, 168, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : 10.00am – 10.00pm
Telefon : 03-2144 1010

NS Cashpoint, Sentul Boulevard

Alamat : No. 6, Ground Floor, Jalan 14/48A, Sentul Raya Boulevard Off Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur. 
Waktu Operasi : 9.30am – 5.30pm
Telefon : 03-4045 5989

Max Money, Sungei Wang Plaza

Alamat :  LG 153 / LG 156, Sungei Wang Plaza, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 10.00am – 10.00pm
Telefon : 03 2142 6000 / 03 2141 7786

2. Tukar wang di bank-bank tempatan

Selain itu, anda juga boleh menukarkan wang anda di mana-mana bank tempatan yang menawarkan perkhidmatan money exchanger.

Contohnya CIMB bank, Maybank dan Public bank.

Kadar pertukaran nilai matawang yang dikenakan setiap bank juga berbeza.

Ingat, anda perlu rajin untuk mencari bank yang tawarkan kadar pertukaran yang rendah.

Sekarang MKJ nak mudahkan urusan anda..

Macam mana tu?

Haa, di bawah ni MKJ sertakan link laman web bank-bank, bagi membantu anda untuk lihat kadar pertukaran nilai matawang yang di kenakan.

  • Maybank
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/M2UCurrencyConverter.do
  • Alliance Bank
http://www.alliancebank.com.my/Business-Banking/Financial-Markets/Currency-Converter.aspx
  • Public Bank
https://www.pbebank.com/Personal-Banking/Rates-Charges/Forex/Foreign-Exchange-Rates-(Forex).aspx
  • AmBank
http://www.ambankgroup.com/en/RatesFeesCharges/Pages/ForeignExchangeRate.aspx
  • Affin Bank
http://www.affinbank.com.my/General/Rates/Exchange-Rates.aspx

3. Menggunakan kad ATM

Kalau anda nak tahu, kaedah ni digunakan untuk mendapatkan wang ketika berlaku sebarang ‘emergency’ semasa anda sedang melancong.

Cara ni lebih selamat.

 Sebab anda tak perlu menukarkan wang terlalu banyak untuk dibawa  ketika melancong. Anda juga akan memperoleh wang tersebut dalam kadar segera.

Tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum menggunakan kad ATM untuk keluarkan duit di luar negara.

Persoalannya….

“Boleh ke kad ATM saya digunakan diluar negara?”

Senang saja nak tahu..

Cuba periksa belakang kad ATM anda. Pastikan kad ATM anda mempunyai logo “PLUS” atau “Cirrus”.

Jika logo berkenaan tak ada, sila hubungi pihak bank untuk penggantian kad baru atau mengaktifkan ciri ini.

Apa tu ?

Mungkin ada yang belum tahu PLUS dan CIRRUS ni kan ?

Jadi MKJ nak kongsi sedikit penerangan mengenai PLUS dan CIRRUS.

  • PLUS
    Plus ni merupakan rangkaian antara bank yang merangkumi semua Visa kredit, debit atau kad ATM yang kini mempunyai lebih sejuta ATM di seluruh 170 buah negara.

Digunakan secara meluas di mana-mana sahaja seluruh dunia yang memberikan kemudahan pengeluaran wang secara mudah.

  • CIRRUS
    Cirrus ni adalah satu lagi rangkaian antara bank yang dikendalikan oleh MasterCard  juga meliputi kredit, debit dan kad ATM di seluruh dunia yang memberikan kemudahan pengeluaran wang secara mudah.


“Macam mana cara nak guna kad ATM anda di luar negara?”

Firstly,

Anda perlu hubungi pihak bank untuk semak sama ada kad ATM anda sudah  diaktifkan ciri-ciri untuk digunakan di luar negeri bagi tujuan pengeluaran duit atau tidak.

Anda boleh buat pengaktifan kad ATM melalui panggilan telefon.

Selain itu, anda juga perlu memaklumkan kepada pihak bank bila tarikh perjalanan anda.

Ya! Perlu maklum kan sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini kerana perubahan jumlah wang di dalam akaun bank yang mendadak akan menyebabkan perbelanjaan di luar negara nanti akan terganggu kerana ia boleh mencetuskan amaran penipuan yang akan menyebabkan bank anda, dibekukan.

Cuba hubungi dan maklumkan bahawa anda dalam perjalanan ke luar negara dan minta perlindungan peribadi jika kad hilang atau dicuri.

Pastikan anda simpan nombor tersebut okay!

Secondly,

Anda boleh mengeluarkan wang tunai dari  mesin ATM di luar Negara.

Caranya, semak logo “Plus” atau “Cirrus”.

Ada kad ATM yang mungkin tak berfungsi semasa tempoh penyelenggaraan hariannya di Malaysia iaitu pada 0:00-1:45am.

Jadi cuba elakkan menggunakan kad ATM pada tempoh masa itu.

Sikit lagi nak sambung…

Thirdly,

Haa, yang ni penting!

Apa dia? Tingkatkan had kad anda.

Ada dua jenis had iaitu, had pengeluaran kad debit dan had pengeluaran limit perbelanjaan. Had Pengeluaran mengehadkan tunai maksimum pengeluaran setiap hari dari akaun anda berdasarkan kepada mata wang tempatan. 

Yang ini anda boleh lakukan melalui mana-mana mesin ATM di dalam negara.

Had Perbelanjaan mengehadkan perbelanjaan maksimum pada kad kredit sehari berdasarkan mata wang tempatan.

Lastly,

Pastikan kad anda sentiasa dalam keadaan selamat dan enjoy percutian anda!

Scroll to Top