Tips untuk booking Guest House di Airbnb.com

Apa itu Airbnb.com?
Airbnb.com merupakan salah satu laman web yang terkenal, khas untuk menempah rumah jenis Guest House. Airbnb.com mempunyai lebih 800,000 senarai Guest House di lebih 33,000 bandar di 192 buah negara di seluruh dunia. Guest House merupakan rumah tumpangan yang disewakan oleh pemilik rumah kepada tetamu. Terdapat pelbagai jenis kategori penginapan yang disediakan, antaranya ialah:
1. Sewa seluruh rumah (Entire house, private toilet)
2. Sewa bilik peribadi (Private room, shared toilet)
Untuk anda yang bercuti secara berkumpulan atau bersama keluarga tersayang, pastinya penginapan jenis sewa seluruh rumah (Entire house, private toilet) adalah pilihan yang paling sesuai. Berdasarkan pengalaman kami menetap di Jepun, penginapan jenis Guest House adalah pilihan yang terbaik (Tiga sebab mengapa Guest House lebih baik berbanding Hotel).

Cara-cara untuk menempah Guest House

1. Daftar sebagai ahli Airbnb.com. Tiada bayaran diperlukan untuk pendaftaran.

2. Masukkan maklumat penginapan anda di ruangan seperti berikut:

 

          Lokasi penginapan (Tokyo, Osaka dll)

          Tarikh penginapan

          Bilangan ahli kumpulan (12 tahun keatas dikira dewasa)

          Jenis penginapan (Entire House / Private Room)

          Tambahan: Anda juga boleh memilih jumlah bilik harga dan lain-lain di ruangan filter
3. Selepas anda menemui rumah yang sesuai mengikut rasa dan bajet anda, sila hubungi host rumah anda untuk mengetahui availability rumah tersebut. Untuk mengubungi host, sila klik butang ini “Contact Host”.

4. Sekiranya rumah tersebut available (setelah mendapat pengesahan daripada host rumah), anda boleh meneruskan tempahan dengan membuat pembayaran menggunakan kredit kad anda. Untuk pengetahuan anda, pembayaran harus dibuat secara penuh (tiada deposit). Jika anda ingin membatalkan tempahan, anda harus rujuk “cancellation policy” host tersebut.
5. Selepas selesai proses pembayaran, host rumah yang anda tempah akan memberikan anda maklumat lanjut mengenai lokasi rumah, alamat rumah, password pintu rumah dan sebagainya.

 

Tips untuk mengenal pasti rumah yang sesuai

Setiap rumah mempunyai ciri-ciri yang berbeza, seperti jumlah bilik, jarak rumah dengan train station terdekat dan sebagainya. Oleh itu, amat penting untuk anda memastikan rumah tersebut menepati citarasa anda. Ciri-ciri rumah yang sesuai:
1. Saiz rumah sesuai dengan bilangan ahli kumpulan


2. Jumlah bilangan bilik yang sesuai untuk ahli lelaki dan perempuan
3. Jarak rumah dengan stesen keretapi terdekat. Keretapi merupakan pengangkutan utama masyakarakat Jepun, terutamanya di Tokyo dan Osaka. Jika terdapat warga emas dalam kumpulan anda, pastikan jarak rumah dengan stesen keretapi sesuai untuk mereka.


4. Harga rumah hendaklah mengikut kesesuaian bajet anda. Sebagai contoh, harga yang tertera di gambar dibawah iaitu RM 1000 adalah merupakan jumlah harga keseluruhan penginapan anda dan tiada lagi bayaran tambahan selepas itu.

 

Tips untuk mengenal pasti Host yang sesuai

Untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini antara anda dan pemilik rumah (host), pastikan anda memilih host yang mempunyai latar belakang dan komen yang bagus. Ciri-ciri host yang bagus:
1. Pastikan rumah yang ingin anda tempah mempunyai review atau komen yang bagus. Semakin banyak review rumah tersebut, semakin mudah untuk anda mengetahui host rumah tersebut adalah seorang yang jujur dan mudah berurusan.


2. Lihat latar belakang host tersebut dengan klik pada gambar host tersebut, contohnya seperti berikut:

 

3. Host yang professional akan mempunyai banyak rumah lain yang disewakan sebagai Guest House dan kesemua rumah beliau pastinya akan mendapat banyak komen atau review yang baik.

 

Sekiranya semua perkara diatas telah anda pastikan, tidak ada lagi yang perlu anda risau. Anda boleh teruskan dengan pembayaran penuh untuk melengkapkan proses tempahan.