4 CARA BELAJAR BAHASA JEPUN

Anda sangat berminat dengan Jepun dan mahu belajar bahasa Jepun, tetapi anda kurang jelas dengan cara terbaik untuk mempelajari bahasa Jepun?

Mungkin anda kagum dengan nilai budaya Jepun dan mempunyai impian untuk belajar di Jepun atau bekerja di Jepun.

Mungkin juga anda seorang peminat anime, manga dan drama-drama Jepun tetapi sering kecewa apabila ada anime, manga dan drama-drama Jepun yang tidak mempunyai sarikata.

Atau mungkin juga anda hanya ingin menambah skil persendirian anda untuk menjadikan portfolio resume anda lebih hebat daripada yang lain.

Sama ada menyambung pelajaran di Jepun, bekerja di Jepun, melihat anime atau belajar bahasa Jepun untuk menambah kehebatan portfolio resume, kesemuanya memerlukan komitmen dari anda untuk menguasai bahasa Jepun.

Kami faham bahawa komitmen setiap orang berbeza mengikut keadaan masing-masing.

Jadi, kami senaraikan 4 cara untuk anda mempelajari bahasa Jepun dan anda boleh memilih cara yang paling sesuai mengikut kesesuaian anda.

  1. Memasuki program persediaan ke jepun

 

Program persediaan ke Jepun selalu menjadi pilihan kepada mereka yang ingin menyambung pelajaran di Jepun. Kebanyakan program ini dibuka kepada pelajar lepasan sekolah menengah, SPM dan kebanyakan program ini mempunyai tawaran biasiswa.

Pelajar yang memasuki program ini selalunya akan melalui beberapa tahun persediaan bahasa di Malaysia dan menyambung pelajaran di Jepun.

 

Antara program persediaan ke Jepun yang menawarkan biasiswa ialah:

  • Ambang Asuhan Jepun (AAJ – Biasiswa dari JPA)
  • Malaysia Japan Higher Education Program (MJHEP – Biasiswa dari MARA)
  • Institut Bahasa Teikyo (IBT – Biasiswa dari JPA)
  • Kolej Teknologi Jepun (KTJ – Biasiswa dari JPA)

Kelebihan program ini ialah kebanyakan pelajar lepasan program persediaan ke Jepun mempunyai asas bahasa Jepun yang baik.

 

  1. Memasuki Pusat Bahasa Di Jepun

 

Mendaftar kelas bahasa Jepun di pusat bahasa Jepun ialah cara yang mudah untuk anda mempelajari bahasa Jepun. Pilihan ini sesuai kepada semua golongan samada mereka yang bekerja atau masih belajar. Anda boleh memilih kekerapan kelas dan masa kelas mengikut jadual anda. Yuran kelas bahasa yang ditawarkan berbeza mengikut pusat bahasa. Antara pusat bahasa jepun yang ada di Malaysia adalah :

 

  • A to Z Language Centre
  • Dynamic Vision Resources
  • Fuji International Japanese Language Centre
  • Dream Language Academy
  • Cakap Jepun

 

Dan banyak lagi pusat bahasa yang lain

 

  1. Belajar secara online

Dengan kemudahan internet, kelas kelas bahasa Jepun  serta material boleh didapati dengan mudah sama ada berbayar ataupun percuma. Kelebihan utama belajar secara online ialah kebebasan masa dan tempat. Semuanya atau susunan jadual anda sendiri. Itujuga menjadi kelemahan utama belajar secara online. Iaitu komitmen yang sangat tinggi diperlukan berbanding car acara yang lain.

 

  1. Menyertai Program Belajar Bahasa Jepun Di Jepun

 

Belajar bahasa Jepun di Jepun adalah cara yang paling praktikal dan berkesan.

Antara sebab kenapa cara ini paling berkesan ialah :

  1. Anda akan belajar dari sensei (guru) berbangsa Jepun secara terus.
  2. Anda berpeluang mempraktiskan bahasa Jepun sepanjang masa.
  3. Lebih cepat memahami budaya Jepun.
  4. Bahasa berkait rapat dengan budaya. Dengan memahami budaya tempatan, anda lebih mudah mempelajari bahasa Jepun.

Cara ini sesuai untuk golongan pelajar ataupun pekerja.Program belajar bahasa Jepun di Jepun selalunya ditawarkan oleh Institut Bahasa Jepun di Jepun.Tempoh masa kelas selalunya bermula dari 1 bulan hinggalah ke 2 atau 3 tahun. Antara institut pengajian bahasa Jepun di Jepun ialah Aiwa Institut Language yang terletak di Fukuoka.

Mana satu cara pilihan anda? Apapun pilihan anda, perkara yang paling utama untuk memastikan anda dapat menguasai bahasa Jepun ialah minat dan komitmen. Tanpa minat dan komitmen yang tinggi, sukar untuk anda untuk mendisiplinkan diri dalam mepelajari bahasa Jepun.